007

DIALOG SUNNI-SHIA
 

SESSI 5

ISNIN MALAM, 27 RAJAB 1345 HIJRAH

Hafiz: Daripada ucapan kamu yang begitu fasih semalam, saya merumuskan bahawa kamu cuba membuktikan bahawa Ali adalah pengganti seterusnya sesudah nabi, walaupun yang sebenarnya hadith itu hanyalah untuk tujuan yang tertentu. Ianya telah disebutkan semasa perjalanan hendak ke Tabuk. Tidak terdapat sebarang bukti yang tujuannya umum.

Shirazi: Di dalam hadith ini, perkataan ‘Manzila’ [kedudukan] telah digunakan di dalam maksud yang umum. Perkataan yang menunjukkan pada pengecualian dengan nyata membuktikan bahawa rujukannya adalah untuk tujuan umum. Rasul telah menamakan Ali bersama dengan perkataan ‘Nabi’ dan menjelaskan manzilanya dengan menggunakan rangkap ‘melainkan bahawa tidak ada nabi selepas saya.’ Kebanyakkan ulama yang terkenal dan juga pengarang telah menyebutkan hadith dari Rasul, yang dinyatakan telah berkata kepada Ali, ‘Adakah kamu tidak merasa puas bahawa kamu kepada ku adalah seumpama Harun kepada Musa melainkan bahawa tidak ada nabi selepas aku?

Semasa tiadanya dia selama 40 hari, Musa tidak meninggalkan urusan kepada keputusan ummahnya. Dia melantik Harun, manusia yang terbaik diantara Bani Israel, untuk bertindak sebagai khalifa dan penggantinya. Begitulah juga, Rasul yang akhir, yang mana agamanya yang paling sempurna, mempunyai sebab yang lebih kuat untuk melindungi ummahnya dari kehancuran yang terbit dari kebebasan mengikut kehendak mereka sendiri. Dia hendak memelihara etika beragama supaya ianya tidak terlepas kepada tangan mereka yang jahil, yang akan menukarkannya mengikut sesuka hati mereka. Manusia yang jahil akan menurut kias dan tanggapan mereka dan akan memecah-belahkan perkara mengenai perundangan agama. Maka di dalam hadith yang suci ini Rasul berkata: ‘Ali kepada saya adalah umpama Harun kepada Musa, ‘ ini mengesahkan bahawa Ali memegang kedudukan yang sama mulia dan penguasaannya sebagaimana Harun. Ali yang paling utama dari semua ummah dan makanya Rasul melantik beliau sebagai pembantu dan penggantinya.

Hafiz: Apa yang kamu telah katakan mengenai hadith ini tidak dipersoalkan. Tetapi jika kamu mempertimbangkan perkara ini dengan teliti, kamu akan dapati bahawa hadith ini tidak punya tujuan umum. Tujuannya adalah tertakluk pada peperangan Tabuk apabila Rasul melantik Ali sebagai khalifa untuk waktu yang tertentu sahaja.

HADITH MANZILA TELAH DISEBUTKAN BEBERAPA KALI.

Shirazi: Kamu mungkin betul di dalam kenyataan kamu jika hadith ini telah disebutkan pada masa Tabuk sahaja. Tetapi Rasul telah mengulangi hadith yang sama pada beberapa peristiwa. Ia telah disebutkan apabila persaudaraan diantara Muhajir di Makah telah diadakan. Ianya juga disebutkan di Madina apabila persaudaraan telah diadakan diantara Muhajir dan Ansar. Pada setiap peristiwa itu Rasul memilih Ali sebagai saudara, dengan berkata, ‘Kamu kepada ku adalah seumpama Harun kepada Musa melainkan tidak ada Nabi selepas aku.’

Hafiz: Sejauh yang saya lihat, hadith Manzila hanya disebutkan pada peperangan Tabuk. Rasul meninggalkan Ali pada kedudukannya, yang menyebabkan Ali menjadi cemas. Rasul mententeramkan beliau dengan kata-kata tersebut. Saya fikir kamu telah terkeliru.

Shirazi: Tidak, saya tidak keliru. Hadith kamu yang sahih telah menyebutkannya. Diantara mereka adalah Masudi [penyampai yang boleh dipercayai oleh kedua golongan] yang telah menulis di dalam ‘Murujudh-Dhahab’nya, jilid II, ms 49, Halabi di dalam ‘Siratul-Halabiyya’, jilid II, ms 26 dan 120, Imam Abdur-Rahman Nisai di dalam ‘Khasaisul-Alawiyya, ms 19, Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’ ms 13 – 14, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda, Bab 9 dan 17, dan beberapa yang lain telah menyebutkan hadith ini. Mereka semua mengatakan, selain dari dua peristiwa pada mengadakan persaudaraan, ianya telah dikatakan di dalam banyak peristiwa lain juga. Makanya hadith ini tidaklah boleh diertikan di dalam pengertian yang tertentu atau untuk tujuan tertentu sahaja. Kegunaannya secara umum telah dibuktikan dengan fakta. Adalah melalui hadith ini bahawa Rasul telah mengistiharkan pada peristiwa yang sesuai bahawa Ali adalah pengganti baginda. Salah satu dari peristiwa itu adalah pada peperangan Tabuk.

Hafiz: Bagaimana mungkin bahawa para sahabat Rasul setelah mendengar hadith ini dengan pengertian umumnya, memahami maksudnya bahawa Ali adalah pengganti sebagaimana yang dihajati oleh Rasul, dan bahkan selepas wafatnya Rasul, mereka menjadi musuh dan menerima orang lain sebagai khalifa?

Shirazi: Saya mempunyai banyak rujukan di dalam menyokong jawapan saya terhadap soalan kamu, tetapi jawapan yang terbaik untuk ketika ini adalah untuk mempertimbangkan dugaan terhadap Harun di dalam situasi yang sama. Al-Quran menyatakan bahawa apabila Musa melantik Harun sebagai pengganti, dia menggumpulkan semua Bani Israel [menurut dari sebahagian laporan 70 000 orang]. Musa menekankan bahawa di dalam ketiadaannya mereka hendaklah patuh kepada Harun, khalifa dan juga penggantinya. Musa kemudian pergi ke gunung untuk bersendirian dengan Allah. Belumpun habis sebulan, Samiri telah menanamkan bibit perpecahan diantara Israel. Dia membentuk anak lembu dari emas, dan Bani Israel setelah meninggalkan Harun, telah berkumpul mengelilinggi Samiri dengan jumlah yang banyak. Hanya sedikit masa sahaja yang telah berlalu, yang sebelum ini Bani Israel telah mendengar Musa berkata bahawa masa ketiadaan beliau Harun adalah khalifanya dan mereka hendaklah patuh kepadanya. Namun begitu 70 000 manusia mengikut Samiri. Nabi Harun dengan lantang membantah tindakkan dan juga melarang mereka dari melakukan amalan yang sesat, tetapi tiada siapa yang mendengar kepadanya. Ayat dari surah A’raf menyatakan bahawa apabila Musa kembali, Harun berkata kepadanya: ‘Anak kepada ibu ku! Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah, dan hampir sahaja membunuh ku… ‘ [7:150]

HARUN TELAH DITENTUKAN SEBAGAI PENGGANTI KEPADA MUSA.

Bani Israel sendiri mendengar arahan yang nyata dari Musa, tetapi apabila Musa pergi kepergunungan, Samiri mengambil peluang ini. Dia membentuk anak lembu emas dan menyesatkan Bani Israel.

KESAMAAN KEJADIAN DIANTARA ALI DAN HARUN.

Begitu juga setelah wafatnya Rasul, sebahagian manusia yang mendengar baginda berkata Ali adalah penggantinya, berpaling menentang Ali. Imam Ghazali merujuk kepada fakta ini dipermulaan buku keempat penghuraiannya di dalam ‘Sirrul-Alamin’. Dia mengatakan sebahagian manusia kembali kepada keadaan jahiliahnya. Dalam keadaan ini, terdapat persamaan yang besar diantara situasi Harun dan juga Ali. Samalah seperti banyaknya ulama dan ahli sejarah kamu, Abu Muhammad Abdullah bin Muslim bin Qutaybah Bahili Dinawari, di dalam bukunya ‘Al-Immama Wa Siyasa’, jilid I, ms 14, menyatakan dengan mendalam kejadian Saqifa. Dia mengatakan mereka mengancam untuk membakar rumah Ali dan mereka secara paksa membawa beliau ke masjid dan mengancam untuk membunuhnya melainkan dia memberikan sumpah setianya [bai’a] kepada mereka. Ali pergi ke pusara Rasul yang suci dan mengulangi kata-kata yang sama dari al-Quran yang mana Harun katakan kepada Musa: ‘Dia [Harun] berkata: ‘Anak kepada ibu ku! Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah, dan hampir sahaja membunuh ku… ‘ [7:150]

Nawab: Bilakah penggantian untuk Ali telah diadakan, mengapa Rasul tidak menggunakan perkataan yang menunjukkan kepada pengertian itu? Mengapa dia tidak dengan secara jelas mengistiharkan Ali sebagai penggantinya, supaya tidak ada bangkangan yang akan timbul selepasnya?

Shirazi: Saya telah menjelaskan bahawa Rasul menerangkan kebenaran dengan kedua-dua cara. Ini adalah bukti dari buku kamu, yang telah merakamkan banyak hadith mengenainya. Secara lisan manusia lebih tertarik kepada kiasan dari hanya kenyataan, terutama jika sindirian yang amat mendalam serta mengandungi pengertian yang luas.

Nawab: Kamu mengatakan terdapat banyak hadith yang jelas telah dirakamkan oleh ulama mengenai pengganti Ali. Silalah beritahu kepada kami lebih banyak mengenainya? Kami telah difahamkan bahawa tidak terdapat sebarang bukti mengenai Ali sebagai pengganti.

Shirazi: Terdapat banyak hadith mengenai kedudukan khalifa di dalam buku sahih kamu.

HADITH MEMPELAWA KEPADA SAUDARA DAN RASUL MELANTIK ALI SEBAGAI PENGGANTINYA.

Dari semua hadith mengenai Ali sebagai wazir, hadith pada mempelawa adalah yang paling mustahak. Pada hari Rasul mengistiharkan kerasulannya, baginda juga mengistiharkan Ali sebagai penggantinya. Ulama kamu, termasuk Imam Ahmad bin Hanbal; Muwaffaq bin Ahmad Khawarizmi; Abu Jafar Muhammad bin Jarir Tabari; Ibn Abil-Hadid Mutazali, dan kebanyakkan yang lain telah melaporkan bahawa apabila ayat 214 dari Surah Shu’ara: ‘Dan peringatkan saudara terdekat kamu,’ [26:214] telah diwahyukan, Rasul mempelawa 40 orang Quraish kerumah Abu Talib. Baginda menyediakan untuk mereka kaki kambing, sedikit roti dan secawan susu. Mereka ketawa dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Kamu telah mensajikan makanan yang tidak cukup untuk satu orang.’ Rasul berkata: ‘Mulalah makan dengan Nama Allah.’ Apabila mereka telah makan dan cukup kenyang, mereka berkata sesama mereka: ‘Muhammad telah mensihir kamu dengan makanan itu.’ Rasul berdiri diantara mereka dan berkata: ‘Wahai keturunan Abdul-Muttalib! Allah yang Berkuasa telah menghantar aku sebagai penyampai khabar kepada semua makhluk secara umum dan kepada kamu secara khusus. Saya mengajak kamu membuat dua kenyataan yang mudah dan senang pada lidah, tetapi pada timbangan amalan sangatlah berat. Jika kamu melafazkan dua kalimah ini, kamu akan menjadi ketua kepada Tanah Arab dan yang bukan arab. Melalui kalimah ini kamu akan masuk kesyurga dan terhindar dari neraka. Dua kalimah itu adalah: pertama menjadi saksi pada ke Esaan Allah, dan kedua menjadi saksi pada kerasulan ku. Mereka yang pertamanya mengakui seruan ku dan menolong aku di dalam misi ini adalah saudara ku, penolong ku, dan pengganti selepas aku.’

Rasul mengulang kenyataan terakhir sebanyak tiga kali, dan setiap kali tiada yang lain, melainkan Ali menjawab kepada baginda, dengan berkata: ‘Saya akan membantu dan menolong kamu, wahai Rasul Allah!’ Maka Rasul mengistiharkan: ‘Ali ini adalah saudara ku, dan dia adalah pengganti dan khalifa diantara kamu.’

HADITH YANG JELAS MENGENAI KHALIFANYA ALI.

(1) Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya; dan Mir Seyyed Ali Hamadani shafii di dalam ‘Mawaddatil-Qurba’ pada penghujung Mawadda keempat, telah merakamkan bahawa Rasul Berkata: ‘Wahai Ali! Kamu harus melaksanakan tanggong jawab bagi pihak saya, dan kamu adalah wazir diatas ummah ku.’

(2) Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya; Ibn Maghazili Faqih shafii di dalam ‘Manaqib’ dan Thalabi di dalam ‘Tafsir’ telah menyatakan bahawa Rasul telah berkata kepada Ali: ‘Wahai Ali! Engkau adalah saudaraku, pengganti ku, wazir ku dan yang membayar hutang-hutang ku.’

(3) Abu Qasim Husain Bin Muhammad (Raghib Ispahani) di dalam ‘Mahadhiratu’l-Udaba wa Muhawaratu’sh-Shu’ara wa’l-Balagha’ (printed in Amira-e-Shazafiyya, Seyyed Husain Afandi, 1326 H.), part II, page 213, menyebutkan dari Ibn Malik Bahawa Rasul berkata: ‘Sesungguhnya , sahabat ku, penolong, wazir dan manusia pilihan yang aku tinggalkan dan akan membayar segala hutang ku dan menyempurnakan janji-janji ku adalah Ali Ibn Abi Talib.’

(4) Mir Seyyed Ali Hamadani shafii di dalam ‘Mawaddatil-Qurba’, pada permulaan Mawadda keenam, menyampaikan dari khalifa kedua, Umar bin Khattab, bahawa apabila Rasul mengadakan persaudaraan diantara para sahabat dia berkata: ‘Ali ini adalah saudaraku didunia ini dan juga diakhirat; dia adalah pengganti dari diantara kerabat ku dan wazir ku diantara ummah; dia adalah waris pada pengetahuan ku dan pembayar kepada hutang-hutang ku; apa saja dia berhutang kepada ku, aku berhutang kepada dia. Keuntungan dia, keuntungan ku, kerugian dia, kerugian ku; sesiapa sahabatnya, sahabatku; sesiapa musuhnya, musuh ku.’

(5) Di dalam Mawadda yang sama dia menyebutkan hadith dari Anas bin Malik, yang saya telah sebutkan terdahulu. Pada penghujungnya dia berkata bahawa Rasul berkata: ‘Dia [Ali] adalah wazir dan penolong ku.’

(6) Muhammad bin Ghanji shafii menyebutkan hadith dari Abu Dharr di dalam bukunya ‘Kiyafatut-Talib’ bahawa Rasul telah berkata: ‘Panji-panji Ali, Amirul Mukminin, ketua muka yang bersinar dan wazir ku, akan datang kepada ku pada pancutan kauthar.’

(7) Baihaqi, Khatib Khawarizmi dan Ibn Maghazili shafii menulis di dalam ‘Manaqib’ mereka bahawa Rasul berkata kepada Ali: ‘Adalah tidak wajar saya berpisah dengan manusia tanpa kamu menjadi pengganti ku oleh kerana kamu adalah pilihan diantara yang beriman selepas ku.’

(8) Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, salah seorang Imam dari keenam buku siha hadith, menyatakan dengan mendalam dari Ibn Abbas mengenai kemuliaan Ali dengan kaitan hadith 23 di dalam ‘Khasaisul-Alawi’. Selepas menjelaskan kedudukan Nabi Harun. Rasul berkata kepada Ali: ‘Kamu adalah wazir selepas ku untuk setiap yang beriman.’ Hadith ini dan lainnya yang mana Rasul menggunkan rangkap ‘sesudah ku’ dengan jelas membuktikan bahawa Ali adalah pengganti selepasnya.

(9) Terdapat ‘Hadith pada kejadian’ yang telah disampaikan dalam cara yang berbeza. Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, ibn Maghazili shafii di dalam ‘Manaqib’ dan Dailami di dalam ‘Firdaus’ telah menyebutkan dari Rasul sebagai berkata: ‘Saya dan Ali telah dijadikan dari cahaya ilahi yang sama 14 000 tahun sebelum jadinya Adam. Dan dari generasi Nabi Adam melalui keturunannya yang suci, cahaya itu di warisi oleh Abdul-Muttalib, dan darinya cahaya itu telah terbahagi diantara Abdullah [bapa Rasul] dan Abu Talib [bapa Ali]. Aku diberikan Kerasulan dan Ali diberikan khalifa.

(10) Hafiz Abu Jafar Muhammad bin Jarir Tabari [mati 310 H] menulis di dalam ‘Kitabul-Wilaya’ bahawa Rasul berkata pada permulaan ucapannya yang termashur di Ghadir-e-Khum: ‘Malaikat Jibril telah menyampaikan perintah Allah kepada ku bahawa aku berhenti pada tempat ini dan memberitahu kepada manusia yang Ali Ibn Abi Talib adalah saudara ku, pengganti ku, khalifa selepas aku. Wahai manusia! Allah telah menjadikan Ali wali kamu, dan Imam. Patuh kepadanya adalah wajib keatas setiap kamu; arahannya yang utama; ucapannya adalah benar; kutukan keatas mereka yang menentang beliau; rahmat Allah keatas mereka yang bersahabat dengannya.’

(11) Sheikh Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda’ melaporkan dari ‘Manaqib’ Ahmad, dan dia dari Ibn Abbas, sebuah hadith yang menjelaskan kebanyakkan dari kemuliaan Ali. Saya sebutkan semuanya. Ibn Abbas menyatakan bahawa Rasul berkata: ‘Wahai Ali, kamu adalah pembawa pengetahuan ku, wali dan sahabat ku, pengganti ku, pewaris pengetahuan ku, dan khalifa ku. Kamu adalah pemegang amanah dari nabi-nabi yang terdahulu. Kamu adalah kepercayaan Allah diatas dunia ini dan bukti terhadap segala kejadian. Kamu adalah penegak Iman, dan pemelihara Islam. Kamu adalah pelita di dalam kegelapan, cahaya petunjuk, dan untuk manusia didunia kamu adalah panji-panji yang dijulang. Wahai Ali sesiapa yang mengikuti kamu akan selamat; siapa yang engkar akan sesat, kamu adalah cara yang bercahaya dan jalan yang lurus, kamu adalah pemimpin orang yang bersih, ketua mereka yang beriman, kepada sesiapa aku ketuanya, kamu adalah juga ketuanya, dan aku adalah ketua bagi semua yang beriman lelaki dan wanita. Hanya mereka sahabat kamu yang dilahirkan dari ikatan perkahwinan yang sah. Allah tidak mengangkat aku kelangit untuk berkata dengan ku dan memberitahu ku: ‘Wahai Muhammad sampaikan salam ku kepada Ali dan beritahu dia bahawa dia adalah Imam kepada sahabat Ku dan pelita bagi yang menyembah Ku,’ tahniah kepada mu Wahai Ali, terhadap kecemerlangan ini.’

(12) Abu Muayyid Muwafiqud-Din, penyampai terbaik dari Khawarizmi, di dalam bukunya ‘Fazail Amirul Mukminin, dicetak dalam tahun 1313 H, Bab XIX, ms 240, menyebutkan dari punca yang melaporkan bahawa Rasul telah berkata: ‘Apabila aku sampai ke Sidratul-Muntaha, saya telah ditanya seperti berikut: ‘Wahai Muhammad! Apabila kamu menguji manusia, siapakah yang kamu dapati yang paling patuh? Saya berkata: ‘Ali.’ Allah berkata: ‘Kamu telah berkata benar, Muhammad.’ Kemudian Dia berkata: ‘Sudahkah kamu memilih wazir yang akan menyampaikan pengetahuan kepada manusia, dan mengajar hamba Ku dari kitab Ku dari perkara yang mereka tidak tahu? Saya berkata: ‘Wahai Allah, sesiapa yang Kamu pilih, saya akan pilih.’ Dia berkata: ‘Saya telah memilih Ali untuk mu. Ia adalah Amirul Mukminin yang tiada siapa yang sama taraf dengan nya diantara pengikut dan penggantinya.’

Ada banyak hadith yang sedemikian di dalam buku sahih kamu. Sebahagian dari ulama kamu yang adil, seperti Nizzam Basri, telah mengakui fakta ini. Salahud-Din Safdi di dalam bukunya ‘Wafa Bil-Wafiyya’, yang berkaitan dengan Ibrahim bin Sayyar bin Hani Basri, dikenali sebagai Nizzam Mutazali, berkata: ‘Rasul Allah mengesahkan Imami Ali dan melantiknya sebagai Imam. Para sahabat Rasul juga menyedari mengenainya, tetapi Umar, disebabkan oleh Abu Bakr, telah menutupi Imamnya Ali dengan penghadang.’

Adalah jelas dari buku kamu, hadith dan penghuraian al-Quran bahawa Ali menduduki kemuliaan yang tertinggi. Khatib Khawarizmi melaporkan dari Ibn Abbas di dalam ‘Manaqib’, Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’, Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’, Ibn Sabbagh Maliki di dalam “Fusulul-Mawadda’, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda dan Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, Mawadda V, disebutkan dari khalifa kedua, Umar bin Khattab – kesemuanya mengesahkan dengan sedikit perbezaan perkataan – bahawa Rasul berkata: ‘Jika semua pokok adalah pena, jika semua lautan adalah dakwat, jika semua jinn dan manusia adalah penulis – namun kemuliaan Ali Ibn Abi Talib tidak dapat dicatitkan.’

KEREKTER [CIRI-CIRI] PARA SAHABAT.

Sheikh Abdus-Salam: [Memandang kepada Hafiz Muhammad Rashid Sahib] Izinkan saya untuk menyatakan sesuatu dengan ringkas. [berpaling kepada Shirazi] Kami tidak pernah menafikan kemuliaan yang tinggi terhadap Ali, tetapi untuk mengatakan pujian kepada dia sahaja adalah tidak adil oleh kerana para sahabat rasul yang utama, satu dan semuanya adalah manusia yang mulia. Kamu berucap dari sebelah pihak, yang telah memesongkan manusia. Izinkan saya untuk menyatakan hadith yang menyangjung mereka supaya kebenaran pada perkara ini akan terserlah.

Shirazi: Saya tidak memandang berat pada personaliti. Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang diterima sahih akan memandu kita kepada satu arah. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak mencintai atau membenci sesaorang dengan membuta tuli. Saya meminta para hadirin untuk memberhentikan saya pada bila-bila masa jika saya menyatakan sesuatu tanpa sebarang hujah atau diluar penerimaan akal, hanya hadith yang diterima oleh kedua golongan sahaja yang saya sandarkan kepadanya. Saya tidak menafikan kualiti yang baik pada para sahabat Rasul yang lurus, tetapi kita hendaklah mencari diantara mereka jika ada seorang yang lebih utama dari seluruh ummah. Perbincangan kita bukanlah mengenai orang yang mulia, kerana mereka yang mulia ada ramai. Kita harus mencari siapa yang paling tinggi kemuliaannya selepas Rasul supaya kita dapat mengikutinya.

Sheikh: Kamu telah membuat halangan yang tidak diperlukan. Di dalam buku kamu tidak terdapat satu hadith yang memuji para khalifa. Bagaimana kita hendak berbincang dengan asas ini?

Shirazi: Pada malam yang pertama dari perbincangan kita, kamu pasti ingat bahawa Hafiz Sahib sendiri telah bersetuju bahawa perbincangan kita hendaklah berasaskan pada ayat al-Quran dan pada hadith yang diterima oleh kedua golongan. Oleh kerana saya mempunyai buku-buku sahih kamu, maka saya bersetuju. Sebagaimana yang kamu boleh mengakui, saya belum lagi menyimpang dari pendirian ini. Di dalam menyokong pendapat saya, saya telah sebutkan hanya ayat Quran dan hadith yang telah dirakamkan oleh buku-buku dari ulama kamu yang terkenal. Apabila kamu membuat syarat ini, kamu tidak sedar yang kamu akan terperangkap kemudian. Tetapi saya masih tidak mengambil syarat ini sebagai mutlak. Saya bersedia untuk mendengar hadith dari satu pihak jika ianya sahih. Maka dengannya barulah kita dapat menentukan fakta dengan adil dan betul. Saya tidak keberatan untuk menerima fakta pada perbandingan kemuliaan yang ada pada Ali.

Sheikh: Kamu menyebut hadith mengenai Ali sebagai wazir, tetapi telah mengabaikan kepada fakta bahawa terdapat banyak hadith mengenai khalifa Abu Bakr.

Shirazi: Kamu harus ingat, bahawa ulama kamu yang terkenal seperti Dhahabi, Suyuti dan Ibn Abil-Hadid telah menyatakan bahawa Amawi dan pengikut Abu Bakr telah memalsukan banyak hadith di dalam memuji Abu Bakr, kamu boleh menyebutkan hadith itu dari kebanyakkan mereka supaya manusia yang adil dapat menilai kesahihannya.

HADITH PADA MEMUJI ABU BAKR.

Sheikh: Ada hadith yang sahih disampaikan oleh Umar bin Ibrahim bin Khalid, yang menyampaikan dari Isa bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dan dia dari bapanya, dan dia dari datuknya, Abbas, bahawa Rasul Islam mengatakan kepada orang itu, '‘Wahai bapa saudara! Allah telah menjadikan Abu Bakr khalifa kepada agama ini. Maka dengarkanlah dia dan patuhlah kepadanya supaya kamu akan selamat.’

Shirazi: Itu adalah hadith yang ditolak.

Sheikh: Bagaimana ianya ditolak?

Shirazi: Ulama kamu yang terkenal telah menolaknya. Kerana penyampai kepada hadith ini adalah terkenal dengan dusta dan pemalsuannya, ulama kamu tidak menganggapnya sebagai bernilai untuk diterima. Dhahabi di dalam ‘Mizanul-Itidal’, telah menulis mengenai Ibrahim bin Khalid, dan Khatib Baghdadi, telah menulis mengenai Umar bin Ibrahim sebagai berkata: ‘Dia adalah penipu besar.’ Hadith yang ditulis oleh seorang pendusta tidak boleh diterima.

Sheikh: Telah dinyatakan dari punca yang boleh dipercayai bahawa seorang sahabat Rasul yang wara’, Abu Huraira menyebutkan bahawa Jibril muncul dihadapan Rasul dan berkata: ‘Allah kirimkan salamNya kepada kamu. Dia berkata: ‘saya ridha dengan Abu Bakr, tanyakan kepadanya adakah dia ridha kepada Ku atau tidak.’

Shirazi: Kita hendaklah berhati-hati pada menyampaikan hadith. Saya mengambil perhatian kamu kepada satu hadith yang mana ulama kamu Ibn Hajar [di dalam ‘Isaba’] dan Ibn Abdul-Bar [di dalam ‘Istiab’] menyebutkan dari Abu Huraira bahawa Rasul berkata: ‘Terdapat ramai yang telah menyebutkan sesuatu dari saya dengan yang salah, dan sesiapa yang mewakili saya dengan yang salah adalah tempat kediamannya didalam neraka. Apabila suatu hadith yang disampaikan kepada kamu bagi pihak diri saya, kamu hendaklah meletakkannya pada al-Quran.’

Hadith lain yang dipersetujui oleh kedua golongan, disampaikan oleh Imam Fakhrud-Din Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, jilid II, ms 271, menyebutkan sebagai Rasul telah berkata: ‘Apabila suatu hadith dari saya disampaikan kepada kamu, letakkannya pada kitab Allah, jika ianya bersependapat dengan al-Quran, terimalah. Jika tidak tolaklah.’ Buku dari ulama kamu yang terkenal telah menyatakan bahawa satu dari hadith yang telah dipalsukan dengan nama rasul adalah dari orang yang ditolak ini, Abu Huraira, yang mana kamu panggil sebagai wara’.

Sheikh: Saya tidak sangka orang yang seperti kamu sanggup membuat kenyataan yang menghinakan mengenai sahabat Rasul.

Shirazi: Kamu ingin saya merasakan takjub pada perkataan ‘sahabi’, tetapi kamu telah tersalah jika kamu fikir perkataan ‘sahabi’ perlu dihormati. Benar persahabatan dengan Rasul mendapatkan satu kemuliaan, tetapi ini berasaskan kepada syarat bahawa sahabat itu patuh kepada Rasul. Jika dia bertindak bertentangan dengan arahan Rasul, maka pastinya dia ditolak. Tidakkah para munafikin adalah sahabat Rasul? Ya, dan mereka dikutuk.

Sheikh: Tidak ada bukti yang mereka ditolak. Jika mereka ditolak, apakah bukti yang mereka akan masuk ke neraka? Adakah setiap orang yang ditolak atau dikutuk akan masuk neraka? Orang yang dikutuk adalah mereka, menurut perundangan khas dari al-Quran, atau kata-kata Rasul, orang yang sebegitu [masuk neraka].

KEREKTER ABU HURAIRA DAN KUTUKAN KEPADANYA.

Shirazi: Terdapat asas yang jelas untuk menunjukkan bahawa Abu Huraira adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Ulama kamu telah mengesahkan fakta tersebut. Satu dari sebab mengapa dia dikutuk adalah, menurut dari kata-kata rasul, dia adalah sekutu kepada anak yang terkutuk dari yang terkutuk Abu Sufyan. Abu Huraira adalah seorang hipokrit [munafik]. Pada beberapa peristiwa diSiffin dia bersolat dibelakang Amirul Mukminin, Ali. Pada masa yang lain di duduk dimeja makan Muawiya dengan makanan yang lazat. Sebagaimana yang disampaikan oleh Zamakhshari di dalam ‘Rabiul-Abrar’ dan Ibn Abil-Hadid di dalam ulasan pada Nahjul-balagha, apabila Abu Huraira ditanyakan sebab polisi bermuka dua ini; dia berkata: ‘Makanan Muawiya sangat sedap dan lazat, dan solat dibelakang Ali adalah lebih utama.’ Ulama kamu seperti Sheikhul-Islam Hamwaini di dalam ‘Faraid’ Bab 37, Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’, Tibrani di dalam ‘Ausar’, Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’ dan ramai yang lain, menyebut dari orang yang sama Abu Huraira dan lainnya bahawa Rasul berkata: ‘Ali bersama kebenaran, dan kebenaran bersama Ali.’ Apabila dia meninggalkan Ali dan bersama dengan Muawiya, tidakkah dia perlu dikutuk? Jika sesaorang bukan saja mendiamkan diri diatas perbuatan kejam Muawiya tetapi sebenarnya membantu dan menolong kepadanya pada mencapai kedudukannya didunia dan untuk memenuhi perutnya, tidakkah dia perlu dikutuk?

Abu Huraira yang sama telah menyampaikan sendiri [sebagaimana telah dirakamkan oleh ulama kamu seperti Hakim Nishapuri di dalam ‘Mustadrak’, jilid II, ms 124, Imam Ahmad bin Hanbal, Tibrani dan lainnya] bahawa Rasul telah berkata: ‘Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama Ali. Keduanya tidak akan berpisah sehingga mereka menemui ku di pancutan Kauthar. Ali adalah dari aku dan aku dari Ali. Sesiapa yang menghina [mencarut] Ali, menghina aku, sesiapa menghina aku menghina Allah.’ Muawiya di dalam khutbahnya disolat jumaat, mengutuk Ali, Hasan dan Husain. Dia mengarahkan di dalam semua jamaah, manusia yang suci ini hendaklah dikutuk. Maka jika sesaorang pada ketika itu bersatu dengan manusia yang terkutuk ini dan merasa senang dengan tindakkan mereka, tidakkah dia juga perlu dikutuk? Dan sedang dia bersekutu dengan manusia seperti ini, jika dia membantu mereka di dalam memalsukan hadith dan memaksa manusia untuk menyebutkan kutukan terhadap manusia suci ini, tidakkah dia juga perlu pada kutukkan?

Sheikh: Adakah wajar pada kami untuk menerima penghinaan ini, bahawa sahabat Rasul yang ikhlas telah memalsukan hadith, membuat manusia mengutuk Ali?

Shirazi: Sudah tentu susah hendak dipercayai bahawa sahabat yang ikhlas sanggup melakukan perkara yang sedemikian. Jika ada mana-mana sahabat yang telah melakukan yang sedemikian, ini bererti bahawa dia tidak ikhlas. Terdapat banyak hadith yang disampaikan oleh ulama kamu yang mengatakan bahawa Rasul berkata: ‘Sesiapa yang menghina [memaki] Ali, menghina aku dan Allah.’

Sheikh: Untuk berkata jujur, apabila kamu menghina para sahabat Rasul, dengan mengatakan bahawa mereka memalsukan hadith, bagaimana kami boleh mengharapkan bahawa kamu tidak akan mengaitkan motif yang jahat kepada ulama sunni yang ulung? Kamu shia mempunyai kecekapan pada menghina orang-orang yang ternama.

Shirazi: Kamu tidak berlaku adil dengan mengatakan perkara yang begitu kepada kami. Sejarah Islam selama 1 400 tahun telah mengatakan pertentangannya. Semenjak dari permulaan abad pertama Islam, Umayyad telah menzalimi Imam yang ma’sum, keturunan Rasul, dan pengikut mereka, shia. Bahkan hari ini, ulama kamu yang terkemuka telah merakamkan laporan yang menghinakan terhadap shia di dalam buku mereka supaya dengannya dapat memesongkan manusia.

Sheikh: Siapakah ulama sunni yang telah menghina shia?
 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ewin Buku - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger