| |
PETUNJUK DARI ALLAH ABU TALIB MENAMAKAN ANAKNYA ALI.
Dengan cara yang sama bahawa lebah, ibu Musa dan ibu Isa telah diarahkan oleh Allah, walaupun tiada siapa dari mereka adalah nabi. Abu Talib juga telah diarahkan pada memberikan nama anaknya.
Lebih lagi, tidak ada siapa yang berkata bahawa Abu Talib adalah nabi atau wahyu telah disampaikan kepadanya. Satu suara dari langit dan papan tulis mengandungi arahan pada menamakan anaknya. Ulama kamu telah menuliskan fakta ini dalam buku mereka.
Sheikh: Mana ada ulama kami menuliskan itu?
Shirazi: Terdapat banyak buku mengenainya.
PENYAMPAIAN PAPAN TULIS KEPADA ABU TALIB.
Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’i, di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda VIII, dari kenyataan Abbas Ibn Abdu’l-Muttalib, yang mana Sulayman Balkhi Hanafi juga menyebut di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 56, dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib menyampaikan dengan seidkit perbezaan pada perkataan, bahawa apabila Ali telah dilahirkan, ibunya Fatima bint Asad menamakan dia mengikuti bapanya, Asad. Abu Talib tidak bersetuju dengannya dan berkata, ‘Wahai Fatima! Marilah kita pergi kepada bukit Qubais dan berdoa kepada Allah [sebahagian penyampai mengatakan bahawa dia berkata mereka harus pergi ke Masjidil-Haram] Dia mungkin memberitahu kita nama anak ini.’ Dikala itu malam hari apabila mereka sampai kebukit Qubais [atau masjidil-Haram] dan mulakan doa mereka. Abu Talib berdoa: Wahai pencipta bagi malam yang gelap ini dan bulan yang terang, berilah tahu kami kehendak Engkau akan nama bayi ini.’
Pada masa itu satu suara datang dari langit, apabila Abu Talib mengangkat kepalanya, dia melihat papan tulis seperti permata hijau, dengan empat baris padanya. Dia mengambil papan tulis itu dan mendakapnya. Apabila dia membacanya ayat yang ditulis padanya: Aku telah anugerahkan kehormatan yang khusus bagi kamu berdua dengan memberikan anak yang suci. Dia telah diberikan nama Ali dari pihak tuhannya. Ianya dipetik dari ‘Ala’ [yang tinggi]
Ganji Shafi’i menulis di dalam Kifayatu’t-Talib bahawa satu suara datang sebagai jawapan kepada Abu Talib yang membacakan dua rangkap ini: Wahai manusia dari rumah nabi yang ditinggikan! Aku telah anugerahkan kepada kamu anak yang suci. Sesungguhnya dia telah diberikan nama Ali dari pihak tuhannya. Nama ini telah dipetik dari nama Allah sendiri Al-Ali.’
Abu Talib amat gembira dan tunduk sujud kepada Allah. Sebagai tanda syukur diatas kejadian yang agung itu, dia korbankan 10 unta. Dia gantungkan papan tulis itu pada Masjidul-Haram. Dengannya Bani Hashim akan menunjukkan kebanggaan mereka dihadapan Quraish. Papan itu tinggal tergantung disitu sehingga ianya hilang pada masa peperangan diantara Abdullah bin Zubair dan Hajjaj.
Kenyataan ini juga menyokong hadith yang telah dikatakan dahulu yang mana telah mengatakan bahawa Abu Talib semenjak mula lagi telah beriman. Dia meminta kepada tuhan maha besar untuk menamakan anaknya. Apabila dia melihat pemberian Allah yang melimpah, dia tunduk sujud dihadapan Nya. Adakah ini perbuatan orang kafir?
NAMA ALI BUKAN DARI SEBAHAGIAN AZAN ATAU IQAMA.
Kamu telah katakan bahawa ahli fiqh shia menekankan nama Ali dianggap perlu di dalam azan dan iqama. Yang sebenarnya tidak terdapat seorang pun ahli perundangan shia yang mengatakan bahawa nama Ali adalah sebahagian dari azan atau iqama. Di dalam semua buku fiqh shia, perkataan yang mengatakan bahawa naik saksi wazirnya Amirul-Mukminin bukan sebahagian dari azan atau iqama. Untuk mengatakan itu di dalam azan dan iqama dengan sengaja adalah haram. Jika pada permulaan solat, niatnya pada nama Imam yang suci adalah sebahagian dari solat, perbuatannya adalah salah. Tetapi menyebutnya setelah menyebut nama nabi, pada menyebut nama Ali, tanpa tujuan yang tertentu, tetapi hanya sekadar menghormatinya adalah digalakkan. Allah telah menyebutkan namanya disetiap tempat selepas nama nabi sebagaimana saya telah katakan terdahulu.
Sekarang kita samapai kepada tujuan kita yang utama: tidak seorang pun dari sahabat yang terkenal mempunyai jalinan keturunan yang suci seperti Ali.
WARA’NYA ALI.
Wara’nya Ali, tidak ada siapa yang boleh dibandingkan dengannya. Keduanya musuh dan kawan bersetuju mengenainya, selepas nabi tidak ada siapa yang sewara’ Ali.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha dan Muhammad Ibn Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, mengatakan dari Umar Ibn Abdu’l-Aziz bahawa Imam yang suci yang lebih utama di dalam wara dari segala makhluk. Dia berkata, ‘Kami tidak tahu sesiapa dari ummah selepas nabi yang lebih alim dan wara dari Ali Ibn Abi Talib.’
Mullah Ali Qushachi, dari segala sikap fanatiknya, menulis bahawa makhluk umpama hilang pedoman untuk memahami akan mulianya Ali. Di dalam Sharh-e-Tajrid dia berkata, ‘Manusia amat kagum apabila mereka mendengar amalan di dalam hidup Ali.’
KENYATAAN ABDULLAH BIN RAFII.
Abdullah bin Rafii berkata bahawa pada masa bulan puasa, dia pergi kepada Amirul-Mukminin. Dia lihat beg yang tertutup dibawakan kepadanya. Apabila Ali membukanya, di dalamnya terdapat tepung yang tidak ditapis. Imam mengambil genggam penuh dari tepung itu, memaknnya, minum sedikit air, dan mengucapkan kesyukuran kepada Allah. Abdullah bin Rafii berkata, ‘Wahai Abul-Hasan! Mengapa kamu tutup mulut beg tersebut? Imam menjawab, ‘Supaya anak saya yang cinta kepada saya, tidak mencampurkan minyak zaitun atau gula dengan tepung tersebut, yang akan membuat diri Ali selesa dengan rasa tersebut.’
Maka Ali biasa menjauhkan dirinya dari makanan yang sedap dan lazat supaya dia tidak terpengaruh dengannya. Sulayman Balkhi Hanafi telah juga menyebutkan hadith ini di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 51, dari Ahnaf bin Qais.
KENYATAAN SUWAID BIN GHAFLA.
Lebih lagi Sheikh, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Tabari di dalam Ta’rikh telah mengatakan dari Suwaid Bin Ghafla bahawa dia berkata, ‘Satu hari saya dapat penghormatan menziarah Amirul-Mukminin. Saya lihat dihadapannya satu cawan susu yang amat masam yang saya dapat terbau akan masamnya. Pada tangan Imam terdapat roti kering. Ianya terlalu kering sehingga amat susah untuk dipatahkan. Imam mematahkannya dengan letakkan pada lututnya, setelah melembutkannya dengan susu masam, dia memakannya. Dia meminta saya makan bersamanya. Saya memberitahunya saya sedang puasa. Imam berkata, ‘Saya telah mendengar dari sahabat saya nabi Allah, bahawa jika seorang sedang berpuasa dan berhajat kepada sebahagian makanan, tetapi tidak memakannya kerana Allah, kemudian Allah memberikan kepadanya makanan dari syurga.’
Suwaid meneruskan, ‘Melihat keadaan Ali, saya amat kagum. Saya bertanya kepada orang suruhan Imam, Fizza, yang berdiri hampir dengan saya, mengapa dia tidak takut kepada Allah, iaitu, mengapa dia memasak roti barli tanpa membuang hampasnya. Fizza berkata dengan bersumpah bahawa Ali sendiri yang mengarahkan dia supaya jangan membuang hampasnya.
Imam bertanya kepada saya apa yang saya katakan kepada Fizza. Saya memberitahunya bahawa saya bertanya Fizza kenapa dia tidak menapis tepung. Ali berkata, ‘Semoga bapa dan ibu saya dikorbankan untuk nabi! Nabi tidak pernah membuang hampasnya; dia tidak pernah memuaskankan kelaparannya dengan roti gandum untuk tiga hari berturut-turut. Saya mengikuti amalan nabi suci.’
ALI MENAHAN DIRI DARI MEMAKAN HALWA.
Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi dan Ibn Maghazili Faqih Shafi’i menulis di dalam Manaqib bahawa satu hari dimasa khalifa Ali, sedikit halwa telah dibawa kepadanya. Dia mengambil sedikit, menciumnya, dan berkata: ‘Betapa memikat dan harum bau manisannya! Tetapi Ali tidak tahu apa rasanya. Saya belum pernah makan halwa.’ Penyampai berkata kepadanya, ‘Wahai Ali adakah halwa haram bagi kamu?’ Imam berkata, “Apa yang Allah telah jadikan halal tidak boleh menjadi haram. Tetapi bolehkan saya memuaskan perut saya sedang ramai lagi yang kelaparan di dalam negeri? Haruskah saya tidur dengan perut yang kenyang sedang ramai diHijaz yang mati kelaparan? Bagaimana saya boleh merasa selesa dengan nama saya Amirul-Mukminin? Mengapa saya tidak bersama dengan mereka yang kelaparan dan menderita?
Juga Khawarizmi mengatakan dari Abi bin Thabit bahawa satu hari ‘faluda’ [sejenis sirap yang lazat] telah di bawa kepada Ali, tetapi dia menahan dirinya dari kehendak meminum sirap itu.
Ini adalah sebahagian contoh dari amalannya mengenai makan dan minum. Dia makan roti barli yang keras kadang kala dengan cuka atau garam dengan sedikit minyak sayuran atau susu. Tidak pernah terdapat dua jenis makanan dimejanya.
Di dalam tahun 40 Hijrah pada malam 19 Ramadhan, apabila Abdur-Rahman ibn Muljim Muradi melukainya dengan luka yang membawa maut, dia adalah tetamu dirumah anak perempuannya, Umme Kalthum, untuk membuka puasa. Apabila roti, susu dan garam telah diletakkan diatas meja, Ali yang sangat sayang kepada anak perempuannya, Umme Kalthum, dengan marah berkata, ‘Saya tidak pernah melihat anak perempuan yang tidak mempunyai belas kasihan kepada ayahnya.’ Umme Kalthum berkata, ‘Ayah apa salah saya?’ Kemudian dia mengarahkan supaya susu dibawa pergi. Bagaimana pun dia memakan beberapa suap roti dengan garam dan berkata, ‘Kita akan dipersoalkan bagi setiap yang halal; bagi yang haram kita akan dihukum.’
PAKAIAN ALI.
Pakaian Ali amat mudah. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, dan yang lain lagi dari ulama kamu telah menulis bahawa, ‘Pakaiannya adalah dari kain kasar, dibeli dengan harga 5 dirham.’ Dia menampal pakaiannya. Panampalnya adalah dari kulit atau daun palma. Kasutnya juga diperbuat dari daun palma. Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, telah menulis bahawa Ali mempunyai banyak tampalan pada pakaiannya sehingga pada masa khalifanya, sepupu beliau Abdullah ibn Abbas, melihatnya dan merasa sedih. Ali berkata, ‘Saya mempunyai banyak tampalan pada pakaian saya yang saya merasa malu dengannya. Apa yang Ali boleh buat dengan kesenangan dunia itu? Bagaimana saya boleh merasa puas dengan kesenangan yang akan menghilang dan keriangan yang tidak kekal?
Seorang lagi yang membantah dengan apa yang Ali pakai berkata, ‘Mengapa kamu menampal pakaian walaupun ketika kamu menjadi khalifa dan berkuasa? Ia membuat musuh memandang rendah kepada kamu.’ Ali berkata, ‘Ini lah cara berpakaian yang menahan kehendak nafsu, membuang rasa bongkak di dalam diri manusia, dan yang diguna pakai oleh mereka yang beriman.’
Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khawarizmi di dalam Manaqib, Ibn Athir di dalam Kamil, dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah menyampaikan bahawa Ali dan orang suruhannya mempunyai pakaian yang sama. Dia membeli dua pakaian yang sama dan harga yang sama. Satu dia pakai sendiri yang satu lagi diberikan kepada orang suruhannya, Qanbar.
Inilah cara Ali dengan pakaian dan makanan. Dia sendiri makan roti barli kering dan memberikan roti yang dibuat dari gandum, gula, madu dan kurma kepada pemita sedekah dan anak yatim. Dia memakai pakaian bertampal dia memberikan pakaian yang cantik kepada janda dan anak yatim.
PERBUALAN ZURAR DENGAN MUAWIYA MENGENAI ALI.
Terdapat banyak contoh penolakkan Ali terhadap dunia. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 84, Sheikh Abdullah Bin Amir Shabrawi Shafi’i di dalam Kitabu’l-I’ttihad Bin Hubbi’l-Ashraf, ms 8; Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 33; Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di daam Fusulu’l-Muhimma, ms 128; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 51; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma pada penghujung bab 5; dan banyak lagi dari ulama kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah telah merakamkan dengan mendalam perbualan Muawiya dengan Zurar. Pada penghujung perbualannya dengan Muawiya, Zurar memuji Ali dengan perkataan ini, ‘Pada beberapa keadaan saya melihat Ali pada malam hari apabila bintang bertaburan dilangit, memegang janggutnya dan mengerang seperti orang yang dipatuk ular, menangis dengan kesakitan, berkata, ‘Wahai dunia Perdayalah orang lain, jangan diriku. Adakah engkau mendakap aku dan engkau mencintai aku? Ini tidak mungkin. Aku telah mentalakan engkau tiga kali, selepasnya itu untuk kembali semula tidak mungkin. Waktu kamu amat pendek, ketakutan yang kamu bawa amat besar, dan kesukaan yang kamu bawa adalah menghinakan. Semoga Allah menyelamatkan kami dari bekalan yang sedikit dalam perjalanan, dan jauhnya tempat yang hendak dituju, dan berbagai dugaan yang akan ditempuh.’ Kemudian Muawiya mula menangis dan berkata, ‘Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas Abul-Hasan. Demi Allah, dia memangnya begitu.’ Muawiya juga berkata, ‘Wanita tidak dapat melahirkan orang seperti Ali Ibn Abi Talib.’
PEBGESAHAN NABI TERHADAP ZUHUDNYA ALI.
Nabi sendiri mengesahkan kelebihan zuhudnya Ali. Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 46, mengatakan dari Ammar Yasir, yang berkata, dia mendengar dari nabi bahawa baginda berkata kepada Ali, ‘Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada kamu kemuliaan yang mana Dia tidak pernah memberikan kepada sesiapa yang Dia cintai. Dan itu adalah kezuhudan kamu pada dunia ini. Dia telah menjadikan kamu yang mana kamu tidak akan mengambil faedah dari dunia ini, dan tidak juga boleh membuat kamu condong kepadanya. Dia memberikan kepada kamu kecintaan kepada yang miskin dan yang memerlukan. Maka mereka merasa senang dengan Imami kamu, dan saya juga merasa senang kerana meeka mengikuti kamu. Rahmat bagi mereka yang berbaik dan mengiktiraf kamu; malang bagi mereka yang memusuhi kamu. Mereka yang mencintai dan mengesahkan kamu akan menjadi tetangga kamu disyurga dan akan mejadi sahabat ditempat kamu. Mereka yang telah menentang kamu akan dikatakan sebagai pendusta oleh Allah, pada hari pengadilan dan akan diberkan hak mereka pada penyiksaan.’
ALLAH DAN NABI MEMANGGIL ALI IMAMU’L-MUTTAQIN [KETUA BAGI YANG ZUHUD]
Dia telah sampai kedudukan zuhud yang tertinggi sehingga kawan dan musuh memanggilnya Imamu’l-Muttaqin. Yang sebenarnya manusia pertama memanggilnya dengan gelaran itu adalah nabi sendiri.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 450; Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 54, mengatakan dari Anas bin Malik bahawa satu hari nabi meminta Ali membawa air padanya untuk berwudu. Apabila Ali telah membawa air, nabi mengambil wudu dan mendirikan solat dua rakaat. Kemudian baginda berkata kepadanya, ‘Wahai Anas, orang yang akan memasuki pintu ini adalah ketua bagi mereka yang zuhud, pemimpin bagi muslim, penyelamat bagi yang beriman, dan penamat bagi pengganti, yang akan memimpin manusia yang bermuka dan tangan bercahaya disyurga.’
Anas berkata, ‘saya berdoa kepada Allah di dalam hati, supaya Dia menghantar seorang Ansar melalui pintu itu, tetapi saya rahsiakan doa saya. Pada ketika itu saya melihat Ali melalui pintu itu. Nabi bertanya siapakah dia. Saya menjawab bahawa dia adalah Ali Ibn Abi Talib. Kemudian nabi dengan gembira pergi menyambutnya. Dia memeluknya dan menyapu peluh dari mukanya. Ali berkata, ‘Wahai nabi, kamu telah memperlakukan kepada saya yang kamu tidak lakukan sebelum ini!’ Nabi berkata, ‘Mengapa saya tidak harus melakukannya, apabila kamulah orangnya yang akan menyampaikan kerasulan saya kepada ummah, akan membuat mereka mendengarkan suara saya, dan akan menerangkan kepada mereka mengenai perkara yang mereka berbeza pendapat padanya.’
Juga Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, dan Hafiz Abu Nu’aim di dalam Hilyatu’l-Auliya menulis bahawa satu hari Ali datang kepada nabi. Nabi berkata kepadanya, ‘Selamat datang, pemimpin muslim dan ketua mereka yang zuhud,’ Ali berkata, ‘Saya bersyukur kepada Allah diatas rahmat yang dikurniakan keatas saya, dan saya meminta dengan penuh kasih sayangNya.’ Muhammad Bin Talha Shafi’I juga mengatakan hadith itu pada penghujung seksen IV, bahagian I, dari bukunya Matalibu’s-Su’ul dan dengannya telah membuktikan bahawa Ali adalah Imam bagi semua yang zuhud.
Hakim, di dalam Mustadrak, bahagian III, ms 38; Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam Sahih, mengatakan bahawa nabi berkata, ‘Allah menyampaikan kepada saya mengenai Ali berkaitan dengan 3 perkara, [1] Dia adalah ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah ketua yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memimpin manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i mengatakan di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 45, pada pengesahan Abdullah Bin Asad Bin Zurara bahawa nabi berkata, ‘Pada malan Miraj, apabila saya dinaikkan kelangit; saya telah diizinkan masuk kedalam istana mutiara, yang lantainya dari emas berkilauan. Kemudian wahyu disampaikan kepada saya, dan saya diberitahu 3 perkara mengenai Ali: [1] Dia pastinya ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah Imam dan ketua mereka yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memandu manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]
Imam Ahmad bin Hanbal menulis di dalam Musnad bahawa satu hari nabi berkata kepada Ali:
‘Wahai Ali untuk memandang kepada wajah kamu adalah ibadah; sesungguhnya kamu adalah ketua bagi mereka yang zuhud dan pemimpin bagi yang beriman. Sesiapa yang berkawan dengan kamu adalah kawan saya; dan sesiapa kawan saya adalah pastinya kawan Allah. Sesiapa yang membenci kamu, benci kepada saya. Dia yang benci kepada saya sesungguhnya telah benci kepada Allah.’
Maka mencukupi kedudukan yang tinggi Ali ini bahawa nabi telah menekankan bahawa Ali melebihi semua para sahabat di dalam kezuhudan. Dia sahaja yang diberikan panggilan Imamu’l-Muttaqin, dan nabi kerap memanggilnya dengan gelaran tersebut.
SEBAGAI IMAMU’L MUTTAQIN ALI TINDAK MEMENTINGKAN DIRI ATAU MAHU BERKUASA.
Sheikh: Seorang tidak boleh mengatakan terlalu banyak pujian kepada Ali. Ya, Muawiya mengatakan perkara yang benar: Wanita dunia tidak boleh melahirkan orang seperti Ali.
Shirazi: Sekarang jelaslah diantara sahabat yang terkenal Ali adalah ketua yang zuhud. Saya baru sahaja teringat. Jika kamu izinkan, saya akan tanya kamu satu perkara.
Sheikh: Ya, silakan.
Shirazi: Setelah mengakui bahawa diantara para sahabat yang terkenal Ali mempunyai kemuliaan tertentu, menjadi ketua yang zuhud, adakah kamu fikir yang dia mementingkan diri atau mahukan kuasa?
Sheikh: Adalah mustahil untuk memikirkan perkara yang sedemikian kepadanya. Kamu telah menunjukkan fakta yang telah diketahui umum bahawa Ali telah berikan talak tiga kepada dunia. Setelah membuktikan bencinya terhadap dunia, bagaimana dia boleh tertarik kepadanya. Selain itu, kedudukan dia amat tinggi adalah mustahil untuk melayani anggapan yang palsu terhadapnya.
Shirazi: Maka turutan dari itu, bahawa semua tindakkan yang begitu wara’ adalah khusus untuk Allah. Dia tidak pernah berganjak walau seinci dari jalan yang benar.
Sheikh: Ya telah pasti dan kami tidak menafikan perkara ini mengenai Ali.
KEENGGANAN ALI MEMBERIKAN BAI’AH KEPADA ABU BAKR MEMBUKTIKAN CARA MELANTIK KHALIFA ADALAH SALAH.
Shirazi: Apabila nabi wafat, Ali menurut dari wasiat nabi, melakukan upacara pengkebumian. Sebahagian manusia berkumpul di Saqifa-e-Bani Sa’ida, memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kemudian, apabila Ali dipanggil, mengapa dia menolak bai’ah?
Jika cara Abu Bakr dilantik menjadi khalifa adalah betul, dan persoalan ijma telah dibuktikan adalah adil, maka Ali yang begitu zuhud dan wara’ tentu tidak akan menyimpang dari kebenaran. Kamu masih ingat hadith yang saya rujuk pada malam yang lalu, yang mana nabi berkata, ‘Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.' Jika peraturan Saqifa diasaskan pada keadilan dan perlantikan Abu Bakr adalah sah, Imam pasti menyambut mereka dan mengiktiraf Abu Bakr sebagai khalifa yang sah. Tetapi sebenarnya dia dengan tegas menentang pilihan itu. Penentangan Ali pastinya berasaskan kepada satu atau dua perkara. Sama ada Ali menentang jalan yang betul, dan melanggar arahan nabi, atau dia mengaggap ijma sebagai satu tipu muslihat.
Pada kemungkinan pertama, itu adalah diluar persoalan untuk memikirkan bahawa Ali akan menafikan kebenaran. Menurut nabi, Ali bersama kebenaran dan kebenaran berputar kelilingnya. Lebih-lebih lagi tiada siapa pernah mengatakan Ali tertarik kepada kekuasaan dunia. Dia telah mentalakkan dunia 3 kali. Dia tidak berhajat kepada menguasai politik. Ianya adalah syarat kedua yang membuat dia menolak pada mengiktiraf khalifa Abu Bakr. Dia tahu itu telah menyalahi kehendak Allah dan juga nabi.
Sheikh: Adalah pelik bagi kamu yang mengatakan bahawa Ali tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Rujukan dari buku sejarah kamu dan juga kami membuktikan bahawa Ali memberikan bai’ah kepada khalifa Abu Bakr dan tidak menentang ijma.
Shirazi: Kamu telah lupa segala perbincangan kita yang lalu dimana saya telah berikan dengan mendalam kenyataan ulama kamu? Bahkan Bukhari dan Muslim masing-masing telah menulis di dalam Sahih mereka bahawa Ali tidak memberikan bai’ah pada masa itu. Ulama kamu secara umum telah mengaku bahawa pada hari pertama, apabila Imam yang suci telah dipaksa dan dengan cara menghina telah diseret keluar dari rumahnya kemasjid [sebagaimana telah dikatakan dahulu] dia tidak memberikan bai’ah tetapi telah pulang kerumah. Ibrahim Bin Sa’d Saqafi (mati 283 H.), Ibn Abi’l-Hadid Tabari, dan lainnya telah menulis bahawa Ali memberikan bai’ah selepas enam bulan [iaitu selepas kematian Fatima]. Walaupun jika kita mengaku, dalam pergertian katakanlah, bahawa Imam memberikan bai'ah, mengapa dia tunggu sehingga 6 bulan baru melakukannya?
Sheikh: Tentu dia mempunyai sebab pada melakukannya. Dia sahaja yang mengetahuinya. Tetapi mengapa kita harus risau mengenai perbalahan yang berlaku diantara mereka yang terdahulu? Mengapa kita harus mencungkil kedalam perbezaan mereka selepas 1 300 tahun? [ketawa yang mengamatkan dari penonton]
Shirazi: Apabila kamu tidak dapat mencari jawapan yang munasabah untuk membuktikan maksud kamu, kamu bergantung kepada jawapan yang sedemikian. Tetapi dihadapan manusia yang berfikiran waras, perkara itu amat jelas pada memerlukan sebarang pembuktian.
Dari kenyataan kamu bahawa kita tidak perlu mencampuri di dalam perbezaan orang yang terdahulu, pastinya kamu betul, sehingga kini urusan mereka tidak punya apa-apa kaitan kepada kita. Tetapi di dalam keadaan kita sekarang kamu telah tersilap, kerana menjadi tanggong jawab bagi setiap muslim untuk mempunyai keimanan yang berasaskan kepada jelasnya penghuraian, bukan dari ikutan tanpa difikirkan. Di dalam membuat penyelidikan mengenai agama, kita mempelajari sejarah islam yang sama. Kita dapati bahawa, setelah wafatnya nabi, dua golongan muncul. Maka kita perlu pada penyelidikkan supaya kita faham mana diantara dua golongan yang mendapat petunjuk yang sebenar. Pastinya kita jangan mengikut mereka yang terdahulu dengan membuta tuli.
Sheikh: Pastinya maksud kamu adalah khalifa Abu Bakr tidak adil. Tetapi jika Abu Bakr bukan khalifa yang sebenar, dan itu adalah hak Ali, mengapa dia tidak menggunakan kekuatannya yang khas dan keberaniannya pada menegakkan keadilan? Dia biasa menghadiri solat dan juga memberikan nasihat yang berguna kepada khalifa yang terkenal di dalam perkara yang penting.
DIAMNYA NABI.
Shirazi: Pertama, nabi dan penggantinya bertindak menurut kehendak Allah yang perkasa. Sebab itu kami tidak dapat mengatakan sebarang bantahan kenapa mereka tidak memulakan peperangan; atau mengapa mereka berdiam diri dihadapan musuh atau mengapa mereka menderita kekalahan.
Jika kamu menkaji fakta sejarah mengenai kehidupan nabi dan penggantinya, kamu akan dapati banyak kejadian yang sama berlaku. AL-Quran telah menyatakan sebahagian dari peristiwa itu. Di dalam surah al-Qamar, al-Quran menyampaikan apa yang nabi Nuh katakan apabila manusia menolaknya, ‘sesungguhnya saya telah ditewaskan [oleh manusia ini] maka berikanlah pertolongan.’[54:10]
Di dalam surah Mariam, al-Quran memberitahu kita diamnya Ibrahim apabila dia meminta pertolongan bapa saudaranya Azar dan mendapat jawapan yang mengeciwakan, ‘Dan saya akan jauhkan diri dari kamu dan apa yang kamu serukan selain dari Allah, dan saya akan menyeru kepada tuhanku.’ [19:48]
Seperti mana Ibrahim yang telah menjauhkan diri dari manusia apabila dia tidak mendapat sokongan dari bapa saudaranya Azar, Ali juga telah menjauhkan diri dari manusia, dan pergi menyendiri.
Sheikh: Saya fikir menyendiri itu menunjukkan pada hati. Iaitu, dia menjauhi mereka tetapi bukan dari segi fisikal.
Shirazi: Jika kamu teliti ulasan dari kedua golongan, kamu akan dapati bahawa menyendirinya dari manusia adalah fisikal, bukan hanya fisikologi. Saya nyatakan bahawa Imam Fakhru’d-din Razi kata di dalam Tafsir-e-Kabir, jilid V, ms 809: ‘Menyendiri dari sesuatu bererti menjauhkan diri daripadanya. Maksud Ibrahim adalah untuk menjauhkan diri dari pada mereka, dari keduanya fisikal dan juga dari pandangan agama.’
Rakaman peristiwa mengatakan bahawa selepas penolakkan itu Ibrahim berpindah dari Babylon ke Kuhistan di Fars dan hidup menyendiri dikawasan pergunungan selama 7 tahun. Dia kembali ke Babylon dan sekali lagi menyampaikan pengkhabaran Allah secara terbuka dan memecahkan berhala mereka. Dengan perbuatan itu, manusia mencampakkan dia kedalam api. Allah telah menjadikan api itu sejuk dan selamat untuknya, dan dengan itu kenabiannya diperkukuhkan. Di dalam surah Qasas, cerita mengenai Musa melarikan diri kerana takut akan keselamatan dirinya telah disampaikan seperti yang berikutnya:
‘Maka dia melarikan diri, ketakutan, berhati-hati dan dia berkata, ‘Tuhan ku selamatkanlah aku dari manusia yang zalim.’ [28:21]
Di dalam surah A’raf, al-Quran mengatakan rayuan Harun apabila Musa meninggalkannya bertanggong jawab diatas Bani Israil. Manusia terus menyembah anak lembu emas, dan Harun tidak punya siapa yang menyokongnya; tinggal berdiam diri. Al-Quran berkata, ‘Dan dia [Musa] menarik kepala saudaranya, mengheret dia kepadanya. Dia [Harun] berkata, ‘Anak kepada ibu ku Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah dan hampir sahaja membunuh ku.’ [7:150]
KEADAAN ALI SAMA SEPERTI HARUN.
Maka menurut dari al-Quran Harun tidak mengeluarkan pedang menentang manusia. Dia berdiam diri apabila mereka menerima anak lembu emas Samiri sebagai objek sembahan kerana dia [Harun] sedar bahawa dia telah dikalahkan. Begitu juga, Ali, yang mana nabi telah menyatakan sebagai Harun [sebagaimana kami telah bincangkan secara mendalam dahulu], telah juga berdiam diri bersabar dan menanggong, apabila ditinggalkan sendirian. Imam yang suci telah dibawa ke masjid dengan paksa dan pedang yang tidak bersarung diletakkan dikepalanya, dan dipaksa memberikan bai’ah. Kemudian dia pergi kepusara nabi dan mengulangi kata-kata sama yang Allah telah sampaikan melalui lidah Harun. Harun telah berkata kepada Musa, ‘Sesungguhnya manusia telah menganggap saya lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’
PENERIMAAN NABI.
Contoh bagi maksud tujuan ini adalah nabi Muhammad adalah amat jelas. Kita harus memikirkan mengapa dia kekal diam selama 13 tahun dihadapan aktivi permusuhan dari musuh-musuhnya di Makah sehingga akhirnya dia terpaksa meninggalkan kota asalnya dimalam hari yang gelap. Sebabnya adalah dia tidak punya penolong. Bahkan dimasa dia berkuasa, dia tidak dapat menolak sebahagian dari bid’ah.
Sheikh: Bagaimana boleh begitu, kamu katakan nabi gagal membasmikan bid’ah?
NABI TIDAK DAPAT MEMBUAT PERUBAHAN YANG MEMDADAK KERANA TAKUTKAN MANUSIA.
Shirazi: Telah disampaikan oleh Hamidi di dalam Jam’i Bainu’s-Sahihain dan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad dari Ummu’l-Mu’minin A’yesha, bahawa nabi telah berkata kepadanya, ‘Jika manusia ini tidak berada dekat dengan kekafiran dan kejahilan, dan jika saya tidak takut bahawa ia akan menghancurkan keimanan mereka, saya akan mengarahkan rumah Kabah diruntuhkan dan apa sahaja yang telah dikeluarkan digantikan semula. Setelah meratakan, saya akan bina dua pintu menghadap timur dan barat sebagaimana ianya dimasa nabi Ibrahim, dan saya telah membinanya semula pada tapak yang didirikan oleh Ibrahim.’
Pastinya jika nabi sendiri tidak dapat menentang bid’ah terbesar, Ali hanyalah sekadar memerhati pada prinsip yang sama apabila dia berhadapan dengan pertarungan yang sama.
Ahli fiqh yang terkenal Wasiti Ibn Maghazili Shafi’i, dan Khatib Khawarizmi mengatakan di dalam Manaqib mereka bahawa nabi berkata kepada Ali, ‘Ummah mempunyai dendam yang mendalam terhadap kamu. Sejurus wafatnya saya, mereka akan memperdaya kamu dan menunjukkan apa yang ada di dalam hati mereka. Saya mengarahkan kamu supaya bersabar dan mengawal diri pada ketika itu supaya Allah dapat memberikan ganjaranNya kepada kamu dengan gantian yang lebih baik.’
SELEPAS WAFATNYA NABI KESABARAN ALI ADALAH KERANA ALLAH.
Kedua, Amirul-Mukminin tidak pernah mementingkan diri tetapi selalu ingat kepada Allah. Tumpuannya hanya kepada Allah sepenuhnya. Dia menyerahkan diri dan ahlinya kepada kehendak Allah. Maka, kesabaran dan penanggongan penderitaan untuk mendapatkan haknya adalah semata-mata kerana Allah, supaya tidak ada perpecahan diantara muslim dan bahawa manusia akan kembali kepada jahiliah. Apabila harta Fatima telah dirampas darinya, dia pulang kerumah, sedih dan keciwa. Dia berkata kepada Ali, ‘Kamu telah mengecut seperti uri. Kamu telah bersara dari dunia seperti manusia yang tertuduh dan yang telah patah sayapnya. Sekarang sayap kamu yang lemah tidak dapat membantu kamu. Itu Ibn Qahafa [Abu Bakr] dengan paksaan telah merampas dari saya pemberian bapa saya dan juga nafkah untuk anak-anak saya. Malahan manusia itu telah menghina saya dengan niat yang jahat dan bermusuhan kepada saya.’ Dia berkata dengan pajang lebar.
Imam mendengarkan sehingga Fatima berhenti. Kemudian dia memberikan jawapan ringkas yang sungguh menyakinkan. Dia berkata, ‘Wahai Fatima! Di dalam perkara agama dan menyampaikan yang benar, saya tidak pernah menyembunyikan diri. Tidakkah kamu kehendakki agama yang suci ini terselamat dan nama bapa kamu disebutkan disetiap masjid sehingga akhir zaman?’ Fatima berkata, ‘Ya itulah yang paling saya hajati.’ Ali berkata, ‘Dari itu kamu hendaklah bersabar. Bapa kamu telah memberi arahannya kepada saya mengenai situasi ini, dan saya tahu saya perlu menanggongnya. Jika tidak, saya punya kekuatan pada menundukkan musuh dan merampas semula hak kamu dari mereka. Tetapi kamu harus tahu bahawa dalam perkara itu agama akan hancur. Maka kerana Allah dan keselamatan agamanya, bersabarlah. Balasannya diakhirat untuk kamu lebih baik dari hak kamu yang telah dirampas.’
Atas sebab ini Amirul-Mukminin menjadikan kesabaran kebiasaannya. Dia menerima kesabaran dan diam untuk keselamatan islam. Di dalam kebanyakkan syarahannya dia merujuk kepada maksud ini.
KENYATAAN ALI TENTANG KEBAIKKAN DIAMNYA SETELAH WAFATNYA NABI.
Ibrahim Bin Muhammad Saqafi, seorang ulama sunni yang dipercayai, Ibn Abi’l-Hadid, dan Ali Ibn Muhammad Hamadani mengatakan bahawa apabila Talha dan Zubair memutuskan bai’ah mereka dan meninggalkan Madina menuju ke Basra, Ali menyuruh manusia berkumpul di masjid. Kemudian setelah memuji Allah, dia berkata, ‘Setelah wafatnya nabi, kami katakan bahawa kami adalah ahli bayt, penggantinya, dan orang yang berhak kepada warisannya. Tiada siapa melainkan kami yang boleh menuntut hak memerintah selepas baginda. Tetapi segolongan hipokrit telah merampas hak memerintah dari kami dan menyerahkannya kepada musuh-musuh kami. Demi Allah hati dan mata kami menangis untuknya. Demi Allah kami amat sedih dan keciwa. Saya bersumpah dengan Allah bahawa jika saya tidak takutkan ummah muslim akan hancur, kami telah terbalikkan khalifa. Mereka telah menduduki kekuasaan hingga keakhirnya. Sekarang Allah telah kembalikan kedudukan khalifa kepada saya. Dan kedua mereka [Talha dan Zubair] juga memberikan bai’ah kepada saya. Sekarang mereka telah menuju ke Basra bertujuan untuk membuat kekacauan diantara manusia.’
Diantara ulama kamu yang terkenal, Ibn Abi’l-Hadid dan Kalbi, telah mengatakan bahawa pada masa dia hendak pergi menuju Basra, Ali berkata kepada manusia. Dia berkata, ‘Apabila nabi Allah wafat, Quraish telah menolak kami dan mengenepikan hak kami yang mana kami lah yang lebih layak dari mereka yang lainnya. Maka pada fikiran saya adalah lebih baik bersabar pada ketika itu, daripada membiarkan muslim hancur dan darah mereka ditumpahkan, kerana mereka baru sahaja memeluk islam.
Diamnya dan menahan diri dari mencabar khalifa Abu Bakr dan Umar bukanlah bererti Ali bersetuju dengan mereka. Itu hanyalah kerana dia mahu mengelakkan dari terjadinya perpecahan yang dahsyat diantara manusia dan untuk menyelamatkan agama dari kehancuran. Maka setelah enam bulan berdiam diri dan menolak, kemudian sebagaimana dikatakan oleh ulama kamu, dia berikan bai’ah dan kerja sama dengan mereka. Di dalam surat yang dihantarkan kepada penduduk Mesir melalui Malik Ashtar; dia dengan jelas menulis bahawa diamnya dia adalah untuk mengekalkan agama.
Tek asal surat Ali, yang mana Ibn Abil-Hadid telah rakamkan di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid IV, ms 164, adalah seperti berikut:
SURAT AMIRUL-MUKMININ KEPADA PENDUDUK MESIR MENERANGKAN DIAMNYA DIA APABILA DITOLAK DARI KEDUDUKAN KHALIFA.
‘Allah yang maha besar menghantar Muhammad sebagai saksi dari para nabi untuk mengingatkan manusia. Maka apabila nabi wafat manusia berselisih diantara mereka, siapa yang akan menggantinya. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak pernah ingat atau percaya, tidak juga ada tanda yang sekecilnya, bahawa orang Arab akan merampas hak bagi pengganti dari ahli bayt dan memberikannya kepada orang lain selepas baginda. Tidak dapat dibayangkan bahawa selepas wafatnya nabi, walaupun terdapat arahan yang nyata, mereka sanggup mengenepikan hak saya.
Saya merasa amat sedih bahawa manusia berlari kepada orang tertentu [Abu Bakr] dan memberikan bai’ah kepadanya. Maka saya menarik diri; sehingga saya melihat bahawa sekumpulan manusia telah menyimpang dari islam dan bertujuan untuk menghancurkannya. Kemudian saya takut, jika saya tidak menolong islam dan juga muslim, islam akan mengalami kehancuran yang lebih menyakitkan saya dari rampasan terhadap hak saya. Yang pastinya kuasa politik tidak dapat bertahan lama. Ia akan pecah seperti juga awan. Atas dasar inilah saya bangun supaya jahiliah menjadi lemah dan islam menjadi kukuh.’
SYARAHAN AMIRUL-MUKMININ SETELAH SYAHIDNYA MUHAMMAD BIN ABU BAKR.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 35, menyampaikan dari Kitabu’l-Gharat oleh Ibrahim Ibn Sa’d Bin Hilal Saqafi, yang menyampaikan dari Abdu’r-Rahman Bin Jundab, yang menyampaikan dari bapanya bahawa apabila pihak musuh menduduki Mesir dan Muhammad bin Abu Bakr telah syahid, Amirul-Mukminin memberi syarahan yang mana dia menyatakan perasaan keciwanya terhadap atitiut manusia muslim setelah wafatnya nabi. Dia menuliskan catitan itu di dalam suratnya kepada penduduk Mesir. Imam suci berkata, ‘Seorang berkata kepada saya Wahai anak Abu Talib! Bagaimana tamaknya kamu terhadap kedudukan khalifa.’
Saya katakan kepadanya, ‘Kamu lebih tamak dari saya, dan kamu terlalu jauh dari kedudukannya. Siapakah yang lebih tamak diantara kita? Adakah saya yang meminta hak saya, yang mana Allah dan nabiNya telah menjadikan saya penuntut yang sah, atau kamu, yang telah menghalang saya dari hak itu, dan telah mengadakan halangan diantara saya dengan hak saya?
Mereka semua terdiam dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Sesungguhnya Allah tidak akan menolong mereka yang zalim.’
Kenyataan ini dan syarahan yang lain oleh Imam Ali menunjukkan bahawa sebab mengapa Imam tidak menentang musuhnya, tetapi berdiam diri dan memberikan bai’ah selepas enam bulan, bukanlah kerana dia setuju dengan mereka di dalam keputusan mereka mengenai khalifa. Ianya disebabkan dia takut islam akan musnah dan muslim akan terbahagi.
Jika Ali telah bangun mempertahankan haknya, sebahagian manusia tentu telah menyokongnya [ramai yang menyuruhnya tampil kehadapan] dan peperangan saudara telah bermula.
Nabi baru sahaja wafat. Muslim masih lagi dekat dengan era jahiliah, dan akar keimanan belum lagi kuat tertanam. Yahudi, kristian, penyembah berhala, dan hipokrit musuh yang paling bahaya, tentu telah mendapat peluang menghancurkan islam. Seterusnya islam akan musnah.
Amirul-Mukminin faham perkara ini. Lebih-lebih lagi nabi telah memberitahunya bahawa asas bagi islam tidak akan hancur dan agama adalah umpama matahari, yang dapat dilindungi untuk sekita oleh awan kejahilan dan permusuhan tetapi akhirnya akan muncul semula, menyinarkan cahayanya dimana-mana.
Secara ringkas, dia menuntut haknya selama 6 bulan dan membuktikan kebenaran tuntutannya di dalam beberapa perjumpaan dan perhimpunan, tetapi tidak memberikan bai’ah. Walaupun dia tidak memilih untuk berperang, dia terus menuntut haknya melalui hujah dan bantahan.
SYARAHAN SHIQSHIQAYYA JUGA MENERANGKAN DIAMNYA ALI.
Imam yang suci memulakan syarahan Shiqshiqayya dengan maksud yang sama. ‘Demi Allah! Anak Abu Qahafa memakaikan diri dia dengannya [khalifa] walaupun dia pasti tahu bahawa hubungan saya dengannya adalah sama seperti kedudukan paksi pada kinci air. Limpahan air mengalir dari saya dan tiada siapa yang sampai ketinggian pengetahuan saya. Saya menjauhkan diri saya kedudukan khalifa. Kemudian saya pertimbangkan sama ada saya harus mengambil hak saya dengan kekerasan atau secara tenang menahan kegelapan, dimana yang dewasa menjadi lemah, yang muda menjadi tua, dan yang beriman beramal dibawah tekanan sehingga dia bertemu Allah. Saya dapati menahan itu lebih jalan yang lebih bijak untuk diamalkan. Maka saya bersabar walaupun terdapat tusukan dimata dan tercekik dikerongkongan. Saya perhatikan rampasan terhadap warisan saya, sehingga yang pertama telah melalui jalannya. Tetapi dia menyerahkan khalifa kepada Ibn Kattab selepasnya.’
Syarahan ini penuh dengan emosi yang kuat dari Ali. Tetapi setakat ini cukup untuk membuktikan pandangan kami.
KERAGUAN TERHADAP SYARAHAN SHIQSHIQAYYA
Sheikh: Pertama syarahan tidak membutikan tidak senangnya Imam. Kedua, syarahan ini bukan mengenai Ali. Yang sebenarnya itu adalah kerja Seyyed Sharif Razi, yang telah memasukkan di dalam syarahan Ali. Yang sebenarnya Ali tidak ada aduan terhadap khalifa. Bahkan dia amat senang dengan mereka.
Shirazi: Kenyataan kamu itu berasaskan dari kebencian yang melampau. Apa yang Ali katakan dan adukan telah dinyatakan terlebih dahulu. Kedukaan Imam bukannya tertakluk pada syarahan yang itu sahaja. Kamu katakan bahawa pengarang syarahan itu adalah seorang ilmuan yang wara’; Seyyed Raziu’d-din, adalah salah. Ulama kamu seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Ibn Abi’l-Hadid, Sheikh Muhammad Abduh, Mufti of Egypt, dan Sheikh Muhammad Khizari (di dalam Muhazirat-e-Ta’rikhu’l-Uma’imu’l-Islamiyya, ms 127, telah mengatakan bahawa syarahan itu adalah Ali. Ulama kamu yang telah mengulas mengenainya. Sebahagian dari ulama fanatik kamu yang datang kemudian telah cuba untuk mengadakan keraguan mengenai kesahihannya, tetapi tiada seorang dari lebih 40 ulama terkenal dari sunni dan shia, yang telah menulis ulasan pada nahjul-Balagha, ada mengatakan perkara yang sedemikian.
SEYYED RAZI.
Ilmuan yang agung lagi wara’ seyyed Raziu’d-din, akan menegah dari dikatakan satu dari syarahannya kepada Ali. Lebih-lebih lagi, ahli bahasa Arab dan sasteranya, yang telah menyelidikki syarah nahjul-Balagha, telah membuat keputusan, pada sudut caranya yang tinggi dan pemikiran yang cemerlang, kerja itu bukan tiruan.
Ulama kamu yang terkenal seperti Izzu’d-din Abdu’l-Hamid Bin Abi’l-Hadid Mu’tazali dan Sheikh Muhammad Abduh, telah mengakui bahawa syarahan Ali yang dalam dan cantik pengetahuannya hanya rendah martabatnya di dalam kemuliaan hanya pada kata-kata Allah dan juga nabi.
Ibn Abi’l-Hadid menyampaikan dari Musaddiq Bin Shabbib sebagai berkata bahawa Ibn Khashshab yang terkenal berkata, ‘Adalah mustahil untuk Razi atau sesiapa sahaja untuk menghasilkan komposisi yang sedemikian rupa. Kami telah mengkaji kerja-kerja Razi; ianya tidak dapat dibandingkan dengan penulisan syarahan Imam.’
SYARAHAN SHIQSHIQAYYA TELAH DIRAKAMKAN LAMA SEBELUM SEYYED RAZI DILAHIRKAN.
Mengenepikan semua aspek yang lain pada persoalan, ramai ilmuan, ahli hadith dan ahli sejarah [keduanya sunni dan shia] telah merakamkan adanya syarah ini sebelum lahirnya ilmuan yang agung Seyyed Razi dan juga bapanya Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.
Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-e Nahjul-Balagha menulis bahawa dia dapati syarah ini di dalam buku Sheikhnya, Abu’l-Qasim Balkhi Imam-e-Mu’tazila, yang hidup dimasa Muqtadir B’illah Abbasi. Yang pastinya Seyyed Razi telah dilahirkan lama selepasnya. Dia juga menulis bahawa dia melihat syarah ini di dalam Kitabul-Insaf, dari seorang guru yang terkenal, Abu Ja’far Bin Qubba, seorang dari anak murid Sheikh Abu’l-Qasim Balkhi, yang telah meninggal dunia sebelum kelahiran Seyyed Razi.
Juga Sheikh Abu Abdullah Bin Ahmad, yang dikenali sebagai Ibn Khashshab, dikatakan sebagai berkata, ‘Saya telah melihat syarah ini di dalam buku yang ditulis 200 tahun sebelum lahirnya Seyyed Razi. Saya juga telah lihat syarah ini di dalam kerja-kerja penulis ilmuan yang telah menulisnya sebelum kelahiran bapa Seyyed Razi, Abu Ahmad Naqibu’t-Talibin.
Dan kamu katakan bahawa Ali merasa senang dengan penentangnya. Ini pastinya telah mengabaikan kenyataan yang tidak terkira banyaknya dari ulama kamu, yang telah saya nyatakan terdahulu. Saya akan mengatakan satu contoh lagi.
Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 561, merakamkan Ali sebagai berkata, ‘Saya tinggal bersama nabi dari mula sehingga wafatnya. Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir di dada saya. Adalah saya yang memandikan badannya dengan pertolongan malaikat, melakukan solat jenazah, dan kebumikan baginda. Maka tidak ada sesiapa yang lebih dekat, atau yang yang lebih berhak kepada penggantnya selain saya.’
Pada penghujung syarahan dia merujuk kepada penentangnya di dalam perkataan ini, ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang Esa, bahawa saya dijalan yang benar dan bahawa penentang saya dijalan yang salah.’
Tetapi kamu katakan bahawa penentangnya dijalan yang benar. Saya harap kamu dapat melihat kepada ayat al-Quran yang mengatakan, ‘Mereka berhasrat untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak membiarkan bahkan Dia menyempurnakan cahayaNya, walaupun yang kafir membencinya.’ [9:32]
|
|
0 komentar:
Posting Komentar