a003

Ijtihad dan Keragaman Pemahaman Agama
 

PRAKATA

Bismillahi al-Rahman al-Rahim

Kami merasa sungguh bangga kerana dapat mengemukakan sebuah risalah mengenai kajian tentang kehidupan Abu Hurairah, salah seorang sahabat Nabi (s.‘a.w). Kitab ini merupakan sebuah ringkasan yang diadaptasi daripada kitab berbahasa Inggeris yang diambil daripada sumber asalnya berbahasa Arab berjudul “ Abu Hurairah,” tulisan tokoh pemikir Islam yang terkenal dan termasyhur dalam zaman moden ini, iaitu al-Sayyid ‘Abd al-Husain Syarafuddin al-Musawi, yang memperolehi kemasyhurannya dengan penerbitan kitab mengandungi soal-jawabnya dengan Ketua dan Rektor Universiti al-Azhar, Qahirah, Mesir mengenai persoalan-persoalan yang berhubung dengan perbezaan di antara kepercayaan atau akidah madhhab Syi‘ah dan Sunni dalam Islam di bawah tajuk al-Muraja‘at. Pengarang tersebut, seperti yang para pembaca sendiri menyedari bahawa dengan membaca kitab ini, telah memperlihatkan pengetahuannya yang menyeluruh dalam pelbagai penulisan Islam mulai dengan al-Qur’an, dan merangkumi semua koleksi hadith yang dikenali sebagai Sahih atau Musnad dan sebagainya, tafsiran al-Qur’an, sejarah, biografi tokoh-tokoh muslim, termasuklah kehidupan dan personaliti tokoh-tokoh hadith dan lain-lain.

Ketika beliau berbicara dengan mana-mana tokoh, prinsip atau hujah, beliau kelihatan memperhatikan semua perkara yang berkaitan dengan subjek dalam hampir seluruh sumber yang terdapat dalam dunia penulisan Islam dan beliau telah mengambil pertimbangan terhadap semua material sebelum membentuk atau menyatakan pendapatnya dan membolehkan para pembaca itu sendiri membuat keputusan akhirnya.

Secara bersahaja, beliau memiliki pemikiran yang kritikal, dengannya beliau secara logik dapat sampai kepada kebenaran selepas melakukan kajian terhadap semua material atau bahan mengenai subjek tersebut. Cara beliau berhujah adalah mudah dan kelihatan beliau tidak memaksa para pembaca untuk menerima pendapatnya sebaliknya, hanya membawa mereka meneliti fakta-fakta yang dibentangkannya daripada pelbagai sumber dan mentafsirkannya dengan cara yang mudah bagi para pembaca untuk bersetuju dengannya dalam kesimpulannya dengan cara yang bebas dan dengan kekuatan bukti-bukti dan kenyataankenyataan.

Oleh kerana pengarang sendiri telah menjelaskan, beliau berfikir untuk mengeluarkan kitab mengenai “ Abu Hurairah ” ini, kerana sahabat ini daripada sekalian sahabat, telah meriwayatkan hadithhadith dikatakan daripada Nabi (s.‘a.w) “ jauh lebih banyak ” daripada mana-mana tokoh, bahkan “ melampaui batas ” berbanding dengan periwayatan oleh Ahl al-Bait, empat orang khalifah yang terawal, dan juga sembilan orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Rasulullah (s.‘a.w) semuanya, manakala hadithnya kerap kali dipetik dan dirujuk oleh tokoh-tokoh besar hadith muslim (Sunni) sebagai sumber pelbagai kepercayaan dalam Islam, dan juga perundangan Islam yang dikenali Syari‘ah. Justeru, adalah menjadi suatu kewajiban untuk melakukan kajian terhadap kesahihan hadith-hadith yang diriwayatkannya dan untuk itu, menjadi kewajiban juga untuk mengkaji kehidupan dan perwatakannya bagi menilai kebolehpercayaan terhadapnya dalam persoalan yang amat penting ini.

Pengarang telah mendalami kedua-dua aspek, bilangan (kuantitatif) dan juga kandungan (kualitatif) periwaatan hadithnya. Dalam perbincangan mengenai kedua-dua aspek itu, beliau telah meninjau latar belakang kehidupannya, seperti masa memeluk Islam, tempoh masa dia bersama-sama dengan Nabi (s.‘a.w), status sosial pada masa itu sebagai perbandingan dengan sahabat-sahabat yang lain, yang akan menunjukkan sama ada dia berada dalam situasi lebih baik berbanding yang lain untuk mendengar hadith-hadith daripada Nabi (s.‘a.w).

Dalam perbahasannya mengenai kehidupan tokoh yang dikaji itu, pengarang secara umumnya telah membahagikannya kepada dua bahagian:

Pertama: Zaman kehidupan Nabi (s.‘a.w) dan empat orang khalifah Islam yang terawal.

Kedua: Zaman pemerintahan Bani Umaiyyah.

Dalam peringkat pertama kehidupannya, Abu Hurairah hampir tidak dikenali dan tidak pula diketahui, dia hidup di kalangan Ahl al- Suffah (iaitu orang-orang yang mempunyai apa-apa dan hidup di kawasan serambi masjid Nabi (s.‘a.w)) di Madinah dan melalui kehidupan mereka dengan menerima sedekah dan kebajikan orang lain.

Jelaslah, dalam tempoh masa ini, dia tidak mempunyai peluang untuk mendengar hadith-hadith daripada Nabi (s.‘a.w) berbanding dengan sahabat-sahabat Ahl al-Suffahnya yang lain dan dia tidak mungkin meriwayatkan lebih banyak daripada orang lain. Abu Hurairah adalah orang yang bermastautin di Yaman dan datang ke Madinah untuk menganuti Islam dalam tahun berlakunya Perang Khaybar, iaitu dalam tahun 7 H. Justeru, dia dapat menikmati bersama-sama Nabi (s.‘a.w) selama kira-kira 3 tahun sahaja dan itu pun dalam keadaan terpencil dan terasing. Semasa zaman empat orang khalifah juga, dia kelihatan terus dalam keadaan terpinggir dan hidup dalam keadaan kehinaan berbeza dengan tokoh-tokoh terkemuka yang lain pada masa itu.

Seperti yang dicatatkan oleh sejarah, Mu‘awiyah yang sedang merancang mendapatkan kekuasaan duniawi ke atas seluruh negara Islam, merampasnya daripada tangan ‘Ali (‘a.s), ternyata telah dapat mengesan ketokohan dalam diri Abu Hurairah yang boleh memberikan keuntungan kepadanya dalam pelbagai rancangannya untuk menyanjungi ketiga-tiga orang khalifah dan untuk meruntuhkan kedudukan ‘Ali (‘a.s) dan para penyokongnya dengan apa cara sekalipun dan mengembangkan naungannya terhadapnya. Tidak lama kemudian, Abu Hurairah dilihat keluar daripada kehidupannya kegelapan dan kehinaan kepada kegemerlapan dan penghormatan yang tinggi.

Wajar juga disebutkan di sini bahawa kebanyakan hadith diriwayatkan Abu Hurairah pada masa ini dan sangat sedikit diriwayatkan pada zaman ketiga-tiga orang khalifah. Hal ini memang terserlah kerana Mu‘awiyah telah mengeluarkan arahan umum bahawa sesiapa sahaja yang menghasilkan hadith-hadith berkaitan dengan keistimewaan ketiga-tiga orang khalifah terawal atau dalam keadaan seumpamanya yang boleh merendahkan kedudukan dan keistimewaan ‘Ali (‘a.s) akan diberikan ganjaran yang lumayan. Memperolehi ganjaran lumayan dan kedudukan yang sangat tinggi kerana meriwayatkan hadith-hadith yang dapat memenuhi permintaan para pemerintah telah mendorong Abu Hurairah untuk mengabadikan semua kemahirannya kepada tugas yang menguntungkan.

Inilah alasan menyebabkan semua hadith yang diriwayatkannya, walaupun dihubungkan kepada Nabi (s.‘a.w) mempunyai pembinaan bentuknya yang tersendiri dan sangat mudah dikesani sebagai hadith palsu hasil daripada pemikirannnya sendiri. Selain itu, pengkajian yang kritikal yang dilakukan oleh pengarang mengenai aspek kuantitatif hadith-hadith Abu Hurairah dengan jelas menunjukkan bahawa semuanya adalah rekaan sematamata.

Pengarang tidak hanya membataskan diri dengan membuat kajian berbentuk umum tentang bilangan atau tabiat hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahkan kajian dilakukan secara kritikal terhadap 40 buah hadith satu demi satu dengan secara terperinci, dengan memberikan rujukan mengenai pengarangnya, ahli sejarawan, ahli hadith, para pentafsir yang sah dan lain-lain yang menunjukkan kajiannya yang luas dan pendapatnya yang mendalam di suatu sisi, dan keikhlasan sebagai tokoh penyelidik di suatu sisi yang lain. Dalam pemeriksaan hadith yang kritikal, pengarang telah berjaya menunjukkan bahawa hadith-hadith itu bukan sahaja tidak boleh dipercayai bahkan memberikan imej yang buruk kepada Islam dan Rasulullah (s.‘a.w), kerana semuanya bukan sahaja tidak boleh diterima akal yang waras bahkan turut berbeza dengan kepercayaan dan prinsip asas Islam yang telah diterima baik seperti hadith yang menunjukkan bahawa Allah meletakkan kaki-Nya ke dalam neraka untuk memenuhinya seolah-olah Dia (Allah) mempunyai anggota dan terdiri daripada bahagian-bahagian, ataupun hadith yang menyebutkan bahawa Nabi Musa (‘a.s) menampar malaikat maut sehingga tersembol salah satu matanya seolah-olah para malaikat begitu biadap dan ingkar kepada perintah-Nya, ketika Dia (Allah) mengutuskan malaikat maut untuk mematikannya, mereka menamparnya dan menyebabkannya berpatah kembali kepada Allah tanpa dapat mencabut nyawa yang Allah telah perintahkan itu. Katakata tidak diperlukan untuk memperlihatkan bahawa hadith-hadith tersebut dalam apa cara sekalipun tidak wajar diterima sebagai katakata Nabi (s.‘a.w) yang sahih, kerana dasar ajaran baginda yang tidak dapat diganggugugat adalah Keesaan Allah (al-Tawhid) dan kemaksuman para malaikat daripada kelemahan sifat manusiawi.

Selepas membincangkan 40 buah hadith, pengarang telah mengabadikan bab masing-masing kepada aspek-aspek penting Abu Hurairah yang lain seperti:

(1) Tabiatnya meriwayatkan hadith seolah-olah dia sendiri mendengarnya daripada Nabi (s.‘a.w) walaupun sebenarnya dia tidak pernah mendengarnya daripada baginda (s.‘a.w).

(2) Dakwaan Abu Hurairah mengenai kehadirannya dalam peristiwaperistiwa tertentu sedangkan berdasarkan fakta-fakta sejarah yang telah dibuktikan, dia tidak pernah hadir sama sekali.

(3) Penolakan hadith Abu Hurairah oleh tokoh-tokoh terkemuka pada zamannya dan lain-lain, seperti ‘Ali (‘a.s), ‘Umar, ‘A’isyah dan lain-lain.

Jelas kelihatan Abu Hurairah tidak begitu memberikan perhatian terhadap kritikan terhadap riwayatnya oleh tokoh-tokoh terkemuka pada zamannya dan dia cuba berdalih mengenainya. Pengarang telah melakukan penelitian terhadap pandangan Abu Hurairah sendiri mengenai perkara itu dan mengemukakan gambaran sebenar kepada para pembaca supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang adil iaitu kebanyakan hadith riwayatnya ternyata tidak memenuhi piawaian (standard) kebolehpercayaan dan dengan demikian, tidak dapat diterima sebagai sahih.

Tidaklah perlu diperkatakan lagi bahawa ketika membahaskan persoalan tersebut dengan penuh ketelitian, pengarang turut mengambil daripada atau merujuk kepada pendapat-pendapat atau fakta-fakta yang dicatatkan dengan banyaknya oleh para penulis terkemuka yang terawal dalam kitab-kitab mereka yang telah dianggap sebagai berautoriti oleh umat muslim keseluruhannya dan yang telah membentuk asas dan dasar pengkajian dalam pengajian Islam. Selaku seorang tokoh ulama yang berkedudukan tinggi, pengarang dengan begitu berhati-hati mengelakkan diri daripada mengemukakan sebarang pendapat tanpa haq.

Sebagai tambahan kepada perkara-perkara yang disenaraikan di atas, pengarang turut sama memperuntukkan sebuah bab mengenai apa yang dikatakan keistimewaan Abu Hurairah dan membincangkannya dengan gaya akademik yang sama seperti yang dilakukan terhadap perkara lain yang dibahaskan dalam kitab ini. Beliau tidak mengambil semua yang diperkatakan tentang perwatakan tokoh yang dikaji dan menyelidiki perkara itu secara kritikal berdasarkan fakta-fakta sejarah dan hadith-hadith yang boleh dipercayai. Bab ini bertajuk “ Keistimewaan Abu Hurairah.”

Di akhir kitab ini sebelum membicarakan kematian Abu Hurairah, keturunannya yang terselamat dan lain-lain, pengarang telah meletakkan sebuah bab bertajuk “ Keganjilan Abu Hurairah,” dengan beliau memasukkan semua tabiat atau sifat semulajadinya yang melengkapkan gambaran keperibadian dan memperlihatkan dirinya yang sebenarnya.

Bab akhir membicarakan kematiannya dan keturunannya yang terselamat yang lebih merupakan fakta berbanding penilaian kritikal. Sekalipun demikian, keterangan mengenai salat jenazah, pengebumian dan lain-lain sekali lagi membuktikan kenyataan bahawa Abu Hurairah keluar dari keadaannya yang tidak diketahui dan tetap berada dalam keadaan tidak dikenali pada zaman Nabi (s. ‘a.w) dan keempat-empat orang khalifah, kepada keadaan yang cukup terkenal, ternama dan dimuliakan kerana hubungannya dengan para pemerintah Bani Umaiyyah yang terus memperlihatkan kecenderungan mereka terhadapnya sehingga selepas kematiannya, dan keadaan tersebut sudah pasti bukanlah tanpa sebab, dan kerana itulah biasanya dia memberikan khidmatnya kepada mereka menerusi riwayat hadithnya yang memenuhi matlamat politik dan matlamat-matlamat yang lain berdasarkan perencanaan mereka.

Peermahomed Ebrahim Trust merasakan bahawa kitab ini akan dapat memberikan pandangan yang adil dan saksama kepada para pembaca tentang peribadi tokoh yag dibincangkan iaitu Abu Hurairah, sebagaimana ia dilihat dalam keterangan-keterangan yang dicatat oleh para sejarawan, ahli hadith, pentafsir dan ahli biografi, dan membolehkan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri sama ada boleh dipertahankan, dibela atau dibenar untuk menerima hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara bersendirian sebagai sahih dan boleh dipercayai.

Oleh kerana beberapa perkataan Arab yang mengandungi pengertian bersifat teknikal dalam sumber penulisan Islam digunakan dalam teks tanpa diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris, sebuah glosari telah ditambahkan di akhirnya untuk memperjelaskan pengertiannya.

Pemegang Amanah,

PEERMAHOMED EBRAHIM TRUST

Karachi, 7 Februari 1979M.

9 Rabi‘ al-Awwal 1399H.

 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ewin Buku - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger