| |
22. Batu melarikan pakaian Musa dan Musa mengejarnya dari belakang kemudian Bani Isra’il melihat Musa tidak berpakaian
Al-Bukhari38 dan Muslim39 meriwayatkan hadith dengan sanadnya sampai kepada Abu Hurairah dengan kata-katanya: “ Bani Isra’il biasanya mandi berbogel dengan masing-masing dapat melihat kemahuan satu sama lain, sedangkan Nabi Musa biasanya mandi berseorangan diri. Mereka kata: Tiada sesuatu yang boleh menghalang Musa daripada mandi bersama kami kecuali dia menghidapi penyakit kulit (hernia).”
Abu Hurairah selanjutnya menceritakan: Pada suatu ketika Musa hendak mandi dan meletakkan pakaiannya di atas batu. Batu itu melarikan pakaiannya. Musa mengejarnya sambil menjerit: “ Pakaianku, pakaianku! Sehinggalah Bani Isra’il terlihat kemaluan Musa dan berkata: “Demi Allah, Musa tidak berpenyakit.
Selepas itu, batu itu berhenti. Musa mengambil pakaiannya dan memukul batu tadi dan demi Allah batu itu menjerit kesakitan enam atau tujuh kali. Disebutkan juga dalam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah bahawa kejadian ini juga dinyatakan dalam ayat al-Qur’an.40
Elok diperhatikan dalam hadith ini mengandungi banyak perkara yang tidak dapat diterima akal. Contoh: terlihatnya kemaluan Nabi Musa kepada kaumnya sedangkan kedudukan dan maruahnya begitu rendah khususnya ketika mereka melihat dia berlari dalam keadaan berbogel dan memanggil batu sedangkan batu itu memekakkan telinga daripadanya, kemudian ia berhenti dan Musa berdiri berdekatannya dalam keadaan berbogel di hadapan kaumnya, lalu memukul batu sedangkan kaumnya memerhatikannya dengan kemaluannya pula berada dalam keadaan terdedah seumpama orang gila.
Kalau sekiranya kejadian ini dianggap benar tentulah ia merupakan suatu fenomena yang datang daripada Allah. Bagaimana mungkin Nabi Musa boleh merasa marah kepadanya dan menghukum batu itu kerana batu itu dipaksa bergerak. Selanjutnya apakah kesan hukuman itu ke atas batu? Elok diperhatikan juga bahawa batu yang lari bersama-sama dengan pakaian Musa tidak boleh memperlihatkan Musa mencela dirinya sendiri kerana adalah mungkin baginya untuk berada pada tempatnya sehingga batu itu membawa balik pakaiannya atau beberapa rancangan alternatif dibolehkan untuk menutup badannya seperti yang dilakukan oleh manusia yang waras dalam keadaan tersebut.
Perlu dijelaskan di sini bahawa berhubung dengan kejadian itu seperti yang disebutkan dalam ayat al-Qur’an (surah al-Ahzab (33): 69) diriwayatkan daripada Amir al-Mu’minin ‘Ali (‘a.s) dan Ibn al-‘Abbas bahawa insiden tersebut berlaku kerana tuduhan mereka terhadap Musa dengan pembunuhan Harun seperti yang dikatakan oleh al- Jubba’i.
Dikatakan juga bahawa ia mengenai insiden zina di mana Qarun telah menghasut untuk melibatkan Musa dalam pelacuran dengan dirinya tetapi Allah melepaskannya (Musa) dengan membuatkannya (Qarun) mengatakan perkara sebenarnya.
Dikatakan juga bahawa mereka menyakiti Musa dengan menyifatkan tipu muslihat, sihir, kepalsuan dan kegilaan kepadanya selepas menyaksikan mu‘jizat yang ditunjukkannya. Seseorang itu tentunya merasa hairan terhadap dua orang ahli hadith, al-Bukhari dan Muslim yang mencatatkan hadith ini dalam bab berkaitan keutamaan (fada’il) Musa dan kelebihannya.
Tidak jelas apakah keutamaan-keutamaan yang terserlah daripada perbuatan Musa memukul malaikat atau apakah kelebihan yang patut dia perolehi dengan menjadikan orang lain dapat melihat kemaluannya. Apakah besarnya perkara tersebut? Pastilah seseorang nabi seperti Musa mempunyai keutamaan yang unik dapat bercakap dengan Allah dan dengan menjadi rasul pilihan Allah, tentulah mengatasi semua perkara tadi.
23. Umat manusia yang takut telah memohon perlindungan kepada Adam, seterusnya Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa pada hari Qiyamat, mengharapkan syafa‘at mereka dan mereka pula berdukacita
Al-Bukhari41 dan Muslim42 telah menceritakan menerusi sumbersumber yang berakhir dengan Abu Hurairah sebuah hadith yang panjang, antara lain mengandungi perkara berikut:
“ Allah mengumpulkan manusia yang terdahulu (alawwalin) dan yang terkemudian (al-akhirin) pada hari Qiyamat di atas tanah yang satu, yang dapat didengari orang yang memanggil mereka, mata dapat melihat mereka, matahari hampir dengan mereka dan justeru itu, manusia menderita kesengsaraan dan kedukacitaan.
Mereka berkata: Tidakkah engkau melihat apa yang dapat menyampaikan kamu semua? Kenapa tidak kamu mencari orang yang boleh memberikan syafa‘at kepadamu daripada Tuhan? Sebahagian manusia berkata kepada yang lain:
Kamu perlu pergi kepada Adam, dan mereka pergi kepada Adam (‘a.s) dan berkata: Engkau bapa sekalian manusia, Allah menjadikanmu dengan tangan-Nya dan meniupkan ruh-Nya kepada dirimu, dan memerintahkan malaikat dan mereka bersujud kepadamu.
Berikanlah syafa`at Tuhanmu kepada kami, tidakkah kamu melihat keadaan kami ini? Tidakkah kamu melihat apa yang menimpa kami? Adam berkata:
Sesungguhnya Tuhanku marah pada hari ini tidak seperti sebelumnya, dan Dia tidak pernah marah sebelumnya seperti ini! Dia menegahku daripada pokok itu, tetapi aku ingkar! Inilah hari sendiri-sendiri. Pergilah kepada orang lain.”
“ Pergilah kepada Nuh (katanya). Maka mereka datang kepada Nuh (‘a.s) dan berkata: Wahai Nuh, sesungguhnya engkau rasul yang pertama kepada penduduk dunia. Allah menggelarkanmu hamba yang bersyukur. Berikanlah syafa‘at Tuhanmu kepada kami. Tidakkah engkau melihat keadaan kami? Dia berkata: Sesungguhnya Tuhanku telah murka, tidak pernah Dia murka sebelumnya seperti itu, dan Dia tidaklah murka selepasnya seperti itu! Aku diberikan keizinan berdoa dan aku berdoa menentang kaumku. Inilah hari sendiri-sendiri. Pergilah kepada orang lain.”
“ Pergilah kepada Ibrahim. Kemudian mereka menghampiri Ibrahim dan berkata: Wahai Ibrahim, engkau nabi Allah dan kekasih- Nya daripada kalangan penduduk dunia. Berikanlah syafaat Tuhanmu kepada kami. Tidakkah engkau melihat apa yang kami cari? Ibrahim mengatakan kepada mereka: Pada hari ini, Tuhanku telah murka tidak seperti sebelumnya ataupun selepas ini. Bagiku, aku telah mengucapkan tiga perkara dusta. Inilah hari sendiri-sendiri. Pergilah kepada orang lain.”
“ Pergilah kepada Musa. Lalu mereka pergi kepada Musa. Mereka pergi menemui Musa dan berkata kepadanya: Wahai Musa, engkaulah rasul Allah yang Dia (Allah) melebihkanmu dengan wahyu-Nya dan berkata-kata secara langsung denganmu di hadapan manusia.
Berikanlah syafaat Tuhanmu kepada kami. Tidakkah engkau melihat keadaan kami? Musa kemudian berkata: Pada hari ini, Tuhanku telah murka tidak seperti sebelum mahupun selepasnya. Bagiku, aku telah membunuh manusia hidup yang tidak diperintahkan. Inilah hari sendiri-sendiri. Pergilah kepada orang lain.”
“ Pergilah kepada ‘Isa. Kemudian mereka mendekati ‘Isa dan berkata kepadanya: Wahai ‘Isa, engkaulah rasul Allah dan kalimah-Nya yang dipindahkan kepada Maryam dan engkaulah ruh-Nya. Engkau bercakap dengan manusia ketika masih bayi dalam katil. Berikanlah syafa‘at Tuhanmu kepada kami. Tidakkah engkau melihat keadaan kami ini! ‘Isa kemudian mengatakan: Pada hari ini, Tuhanku telah murka tidak seperti sebelum mahupun selepasnya. Dia tidak akan menyebutkan dosanya. Kemudian dia mengatakan: Inilah hari sendirisendiri.”
“ Pergilah kepada Muhammad (s.‘a.w). Mereka kemudian menghampiri Muhammad (s.‘a.w) dan berkata kepadanya: Wahai Muhammad, engkaulah rasul Allah dan nabi yang terakhir. Allah telah mengampuni semua dosamu dahulu ataupun sekarang. Berikanlah syafaat Tuhanmu kepada kami. Tidakkah engkau melihat keadaan kami.
Abu Hurairah seterusnya menceritakan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: Aku akan dipindahkan dan oleh kerana aku di bawah takhta Allah, aku akan bersujud di hadapan Tuhanku di mana Tuhan akan memberikanku kekayaan-Nya dan layanan yang baik yang tidak diberikan (kepada sesiapa) sebelumku. Kemudian aku diberitahu:
Wahai Muhammad, tegakkanlah kepalamu. Engkau akan diberikan apa sahaja yang engkau minta dan berilah syafaat, syafaatmu akan diterima. Aku menegakkan kepalaku dan berkata: Umatku, Tuhanku. Umatku, Tuhanku. Kemudian aku diberitahu: Wahai Muhammad, benarkanlah masuk dari kalangan umatmu yang baginya tidak ada Hari Pembalasan pada hari ini, melalui pintu aiman (keselamatan) daripada pintu-pintu syurga dan mereka akan pergi bersama-sama dengan orang-orang lain yang masuk daripada pintu-pintu yang lain.”
Kritikan
Hadith ini mengandungi tuduhan-tuduhan secara langsung terhadap kedudukan para nabi dan rasul yang tinggi dan mulia kerana berdasarkan kata-kata dan pernyataan Nabi (s.‘a.w), para nabi secara khusus mereka yang berkedudukan tertinggi menikmati kedudukan yang sangat mulia dan sekalian alam sememangnya mengetahui prestij mereka yang tinggi di kalangan manusia. Kebesaran mereka mengundang penghormatan orang ramai, dan khidmat mereka kepada kemanusiaan diakui oleh semua. Terlalu banyak sekali ayat al-Qur’an dan al-hadith yang menceritakan kebaikan dan keutamaan para nabi dan rasul tersebut meliputi kecemerlangan akal, hati dan akhlak yang tidak tercemar dalam kedua-dua persoalan, kehidupan dan pengajaran.
Namun demikian, hadith Abu Hurairah ini telah menghapuskan semua kebaikan dan keutamaan mereka hingga ke akar umbinya sehingga ia dipenuhi kekurangan dan keterangan-keterangan yang tidak benar. Ia sama sekali berlawanan dengan keterangan Nabi (s.‘a.w) dan jauh sekali daripada keterangan sunnah baginda (s.‘a.w).
Kedudukan Nabi Adam (‘a.s) dalam keterangan di atas jauh menyimpang dengan melakukan perbuatan dosa yang mengundang kemurkaan Allah (s.w.t). Nuh (‘a.s) kelihatan membuat permohonan menentang seseorang kecuali musuh-musuh Allah dengan cara mencari keredhaan Allah. Ibrahim (‘a.s) kelihatan bercakap bohong dan daripada segala bentuk pendustaan kata atau perbuatan yang pasti menyebabkan kemurkaan Allah. Moga dijauhi Allah bahawa Musa (‘a.s) membunuh seseorang yang boleh menyebabkan Allah murka terhadapnya, tetapi dia hanya membunuh seorang sahaja yang tidak mengandungi kemuliaan di hadapan Allah dan tidak bernilai di mata orang biasa. Pada keseluruhannya, para nabi dan rasul semuanya kelihatan berada pada posisi menyalahkan Allah (s.w.t) sehingga Dia (Allah) begitu murka terhadap mereka yang tidak pernah murka sedemikian rupa.
Selanjutnya, bolehkah orang ramai pada Hari Akhirat berbincang sesama mereka dan bertindak kerana dalam hadith ini menunjukkan mereka melakukan sesuatu kerana menurut al-Qur’an pada hari itu, mereka seumpama orang yang mabuk walaupun mereka sebenarnya tidak mabuk dan setiap orang memisahkan diri daripada saudara, ibu, bapa, isteri dan anak-anak mereka, kerana mereka sibuk dengan urusan mereka masing-masing. Bagaimana pula orang ramai mendekati para nabi dan rasul pada hari itu kerana mereka semua akan ditempatkan di suatu tempat yang berbenteng yang tidak memungkinkan mereka dapat mendekati para nabi dan rasul.
Tambahan lagi, persoalan besar yang boleh dikemukakan kepada Abu Hurayrah adalah apakah mereka daripada umat Nabi Muhammad (s.‘a.w) atau nabi dan rasul yang lain? Sekiranya mereka daripada umat Nabi (s.‘a.w) kemudian siapakah yang mengarahkan mereka mendekati nabi-nabi yang lain secara silih berganti. Sekiranya mereka daripada umat nabi dan rasul yang lain, tentulah nabi yang berkenaan tidak wajar membiarkan umatnya terkapai-kapai sebagaimana yang ditunjukkan hadith ini.
24. Keraguan para nabi dan rasul, kesalahan Nabi Lut (‘a.s) dan kemuliaan Nabi Yusuf (‘a.s) mengatasi Nabi Muhammad (s.‘a.w)
Al-Bukhari43 dan Muslim44 telah mengambil riwayat menerusi para perawi sampai keapda Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Kami lebih layak berada dalam keraguan berbanding dengan Ibrahim ketika baginda berkata: “ Ya Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan sesuatu yang mati. Allah berkata:
Tidakkah engkau mempercayainya? Ibrahim berkata: Ya, tetapi ia untuk menyakinkan hatiku.” Allah memberikan rahmat ke atas Lut, dia mencari perlindungan dengan sokongan kuat, tetapi sekiranya aku tetap dalam selama mana Yusuf berada di dalamnya, tentulah aku akan binasa.”
Kritikan
Hadith ini tidak boleh diterima sama sekali kerana beberapa alasan dan hujah:
Pertama: Ia menetapkan keraguan kepada Khalil-Allah, Ibrahim (‘a.s), sedangkan Allah (‘a.z.j) berfirman dalam al-Qur’an: “ Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun) dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya.”45
“ Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat ) di langit dan di bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang-orang yang yakin.”46
Keyakinan adalah berdasarkan tahap keilmuan, tidak mungkin adanya keraguan. Berhubung dengan ayat yang dirujuk oleh Abu Hurairah, ia hanya merujuk bahawa Ibrahim ingin melihat cara-cara Allah menghidupkan sesuatu yang mati tanpa mempunyai sebarang keraguan tentang kekuasaan-Nya melakukannya, yang dapat dilihat dengan ketara daripada pertanyaan Allah kepadanya sekiranya dia tidak mempercayainya dan jawapannya adalah bahawa dia percaya.
Kedua: Kata-kata Abu Hurairah bahawa kami lebih layak berada dalam keraguan menetapkan bahawa keraguan kepada rasulllah (s.‘a.w) dan semua nabi yang lain dan mereka semuanya lebih patut berada dalam keraguan berbanding dengan Ibrahim. Seseorang gagal memahami bagaimana Abu Hurairah berani berkata demikian sedangkan Allah mengatakan bahawa Dia Allah memberikan Nabi (s.‘a.w) apa yang tidak diberikan kepada Ibrahim dan nabi-nabi yang lain ataupun malaikat-malaikat al-muqarrabun. Sebenarnya sifat ragu-ragu terhadap Nabi (s.‘a.w) dinafikan secara menyeluruh oleh semua ulama, kerana kedua-dua aspek akal dan hadith menentang tohmahan tersebut.
Ketiga: Abu Hurairah merujuk kepada Lut yang mencari perlindungan (moga-moga dijauhi Allah) kepada yang lain daripada Allah adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali yang tidak langsung menepati kedudukannya yang mulia sebagai nabi dan pada masa yang sama, menunjukkan sikap kurang mempercayai Allah. Tindakan Lut hanyalah satu cara memperingatkan keluarga dan umatnya sebagai cara menyeru mereka berbuat baik dan menegah mereka daripada melakukan kejahatan sebagai sebagai matlamat perutusannya.
Keempat: Kata-kata dalam hadith ini yang merujuk kepada Nabi (s.‘a.w) sebagai bersabda: “ Sekiranya aku tetap dalam penjara selama mana Yusuf berada di dalamnya, aku akan binasa,” cuba mengukuhkan kelebihan Yusuf ke atas Nabi (s.‘a.w) yang berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh seluruh umat Islam dan juga ia bercanggah dengan hadith-hadith yang sahih.
25. Belalang emas jatuh ke atas Nabi Ayyub ketika sedang mandi dan celaan Allah terhadapnya kerana menyembunyikannya dalam pakaiannya.
Al-Bukhari47 dan Muslim telah mengambil riwayat menerusi suatu rangkaian perawi secara marfu‘, sampai kepada Abu Hurairah yang mengatakan:
“ Nabi Ayyub sedang mandi apabila seekor belalang emas jatuh ke atasnya, lalu Ayyub cuba menyembunyikannya dalam pakaiannya. Pada ketika itu Allah mencelanya dengan kata-katanya: “ Bukankah Aku menjadikan kamu lebih kaya daripada apa yang kamu lihat. Katanya: “
Benar! Demi kemuliaan-Mu, tidak ada kekayaan yang lebih baik daripada keberkatan-Mu.” Tiada seorang pun kecuali orang yang buta mata hatinya boleh mempercayai hadith ini.
Pertama: Penciptaan belalang yang diperbuat daripada emas adalah tanda-tanda Allah yang berlawanan dengan kebiasaan. Tanda-tanda seperti itu dibenarkan kepada nabi-nabi sebagai bukti kenabian mereka agar umat manusia yang menyaksikan fenomana atau kejadian luarbiasa itu mempercayai kenabiannya. Di sini Nabi Ayyub sedang mandi seorang diri. Justeru, belalang emas yang jatuh itu bukanlah menjadi bukti kenabiannya di hadapan khalayak ramai.
Kedua: Sekiranya belalang itu jatuh ke atasnya lalu dia menyembunyikannya dalam pakaiannya, ia bukanah suatu kebiasaan kerana dia mengambilnya sebagai suatu kurniaan Allah yang diterima dengan ucapan penuh kesyukuran, kerana jika sebaliknya, tentulah dia bererti keengganan menerimanya dan mengakui rahmat-Nya yang tidak mungkin dilakukan oleh para nabi.
Ketiga: Sudah diketahui umum bahawa ketika nabi-nabi terima sebarang bentuk anugerah duniawi, mereka akan menggunakannya ke jalan Allah, untuk meneruskan rancangan mereka untuk kebaikan masyarakat dan orang ramai lebih daripada untuk kepentingan diri sendiri.
|
|
0 komentar:
Posting Komentar