| |
49. Dongeng ketiga tentang akibat baik mensyukuri nikmat dan akibat buruk menafikannya
Al-Bukhari107 menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa: “ Terdapat tiga (3) orang daripada Bani Israil, seorang penghidap kusta, seorang berkepala botak dan seorang buta, yang Allah bertujuan untuk menguji. Lalu Dia mengutuskan malaikat kepada mereka. Dia datang kepada si penghidap kusta dan berkata: “ Apakah perkara yang paling kamu ingini?” Katanya: Orang menganggapku kotor. Oleh itu, aku ingin mempunyai warna dan kulit yang cantik. Lalu malaikat menggosoknya dan berlalu pergi. Dia dikurniakan warna dan kulit yang cantik. Kemudian dia berkata: Apakah sesuatu yang amat menghendaki? Jawabnya: “Unta.” Lalu dia memberikannya seekor unta yang jinak, sambil berkata: “Moga Allah merahmatimu dengannya.”
Kemudian dia (malaikat) pergi kepada orang yang berkepala botak dan berkata: “ Apakah yang sangat inginkan? Katanya: “ Rambut yang cantik kerana orang ramai memandangku jijik. Dia pun menggosoknya dengan memberikannya rambut yang cantik. Kemudian katanya: Apakah pula sesuatu yang kamu ingin miliki? Katanya: “
Seekor lembu.” Lalu dia mengurniakannya seorang lembu yang bunting dan berkata: “ Moga Allah memberkatimu dengannya.” Kemudian dia (malaikat) pergi kepada si buta dan berkata: “ Apakah yang kamu sangat inginkan? Dia berkata: “ Aku harap Allah mengembalikan penglihatanku.” Lalu dia menyapunya dan Allah mengembalikan penglihatan kepadanya. Kemudian dia berkata: “
Apakah sesuatu yang ingin kamu miliki?” Katanya: “ Kambing.” Lalu, dia memberikannya seekor kambing yang hampir melahirkan anak. Justeru kedua-dua binatang itu membiak manakala yang ini juga turut demikian. Seorang mempunyai sekawan unta, yang lain pula lembu manakala yang ketiga kambing. Kemudian malaikat datang kepada si penghidap kusta dalam keadaan asalnya dan berkata kepadanya: Aku seorang yang amat memerlukan sesuatu. Sumber pendapatanku semakin merosot sepanjang perjalananku dan hari ini tiada sesiapa yang dapat aku hampiri kecuali Allah dan kamu. Aku memohon kepadamu atas nama Allah yang menganugerahimu warna kulit yang cantik dan bersih dan unta-unta yang kamu miliki agar dapat membantuku dalam perjalananku. Dia membalas: Ada banyak permintaan. Katanya: Aku kenal kamu. Bukankah kamu seorang penghidap kusta? Orang ramai memandangmu kotor jijik dan mengenepikanmu. Kemudian Allah memberikanmu semua ini. Katanya: Aku warisinya daripada orang tuaku. Katanya: Sekiranya kamu berdusta, Allah akan jadikanmu seperti keadaanmu sebelumnya.”
Kemudian dia mendekati si kepala botak dalam keadaan asalnya dan berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang yang pertama dan dia memberikan jawapan yang hampir sama lalu akhirnya dia mengungkapkan kata-kata: Sekiranya kamu berdusta, Allah akan menjadikanmu seperti keadaanmu sebelumnya.”
Lalu dia menghampiri si buta dalam keadaan asalnya dan berkata: Aku seorang peminta sedekah dan musafir. Sumberku sudah semakin merosot sepanjang perjalanan dan tiada orang yang dapat aku dekati kecuali Allah dan kamu. Aku mohon kepadamu dengan nama Allah, yang mengembalikan penglihatanmu, seekor kambing yang dengannya aku dapat akhiri perjalanan ini. Katanya: Aku buta tetapi Allah mengembalikan penglihatanku. Aku tidak punya apa-apa. Dia menjadikanku kaya. Lalu kamu ambillah apa sahaja yang kamu kehendaki. Demi Allah, aku tidak akan menahanmu dengan sesuatu yang aku ambil atas nama Allah. Dia kemudian berkata: Ambillah apa sahaja yang kamu ada, kerana aku datang untuk menguji kamu semua. Allah gembira dengan kamu dan murka dengan kedua-dua sahabatmu.”
Kritikan
Jelaslah ini merupakan cerita khayalan yang direka oleh Abu Hurairah daripada sekian banyak cerita yang pada masa ini ditulis dan dipopularkan, dan ia bertujuan untuk menggambarkan akibat bersyukur atas kurniaan Allah dan juga akibat mengkufuri nikmat-Nya.
50. Cerita khayalan keempat menunjukkan akibat penganiayaan yang buruk
Al-Bukhari108 dan Muslim109 telah menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa: “ Seorang wanita terpaksa masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatkannya dan tidak diberi makan dan tidak dibenarkan pula makan serangga-serangga di bumi.”
Kritikan
Hadith ini dinafikan ‘A’isyah, kerana apabila dia dapat tahu mengenainya, dia pun berkata: “ Seorang mu’min lebih bernilai di hadapan Allah berbanding perkara tersebut hingga Dia boleh menghukumnya kerana seekor kucing. Oleh itu, sekiranya kamu meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) kamu harus memberikan perhatian apa yang kamu ceritakan.”
Jelaslah ini juga merupakan cerita khayalan yang menerusinya dia cuba menunjukkan akibat buruk melakukan penganiayaan dan layanan yang tidak baik.
51. Cerita khayalan kelima menunjukkan kebaikan berbuat baik
Al-Bukhari110 menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa: “ Allah mengampuni perempuan pelacur yang melintasi seekor anjing yang berdiri di tepi sebuah lubang (berair) dalam keadaan dahaga yang amat sangat. Lalu dia menanggalkan kasutnya, mengikatkannya dengan kain penutup muka dan menimba air dengannya dan memberi anjing itu minum. Oleh kerana itu, Allah mengampuninya sebagai balasan.”
52. Cerita khayalan dengan tujuan yang sama seperti yang terdahulu
Al-Bukhari111 menceritakan daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa: “ Seorang lelaki sedang berjalan di jalanan apabila dia merasa terlalu dahaga. Dia melintasi sebuah telaga, turun ke dalamnya, minum dan keluar daripadanya. Kemudian dia terlihat seekor anjing tercungap-cungap dan menjilat tanah kerana dahaga. Lalu dia turun ke dalam telaga dan mengisi kasutnya dengan air dan membawanya ke atas dengan mulut. Kemudian dia memberi minum anjing itu. Allah menghargai perbuatannya dan mengampuni dosadosanya.”
Kritikan
Cerita ini dan cerita sebelumnya, kedua-duanya adalah cerita dongeng dan khayalan belaka yang dihasilkan oleh Abu Hurairah untuk menunjukkan akibat baik dengan melakukan perbuatan yang baik dan sifat mengasihani dan menggalakkan amalan berbuat baik dan berakhlak mulia.
53. Kekufuran melampaui batas yang Allah ampuni
Muslim112 menceritakan daripada Mu‘ammar yang mengatakan bahawa al-Zuhri berkata kepadanya: “ Izinkan aku menceritakan dua buah hadith yang pelik kepadamu? Hamid bin ‘Abd al-Rahman menceritakan daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata: Seorang lelaki melakukan perbuatan yang keterlaluan terhadap dirinya. Apabila maut mendatanginya dia meninggalkan wasiat kepada anakanaknya:
“ Apabila aku mati, bakarlah aku, kemudian hancurkankan debu-debuku, dan lepaskannya ke udara di lautan lepas, kerana demi Allah, sekiranya Tuhanku dapat mengambilku Dia akan memberikan hukuman yang Dia tidak pernah berikan kepada sesiapa.” Mereka pun melakukannya berdasarkan wasiat itu. Kemudian Allah memerintahkan bumi: “ Keluarkan, apa yang kamu ada,” dan di situ dia berdiri. Allah kemudian berkata kepadanya: “ Apa yang membuatkanmu melakukan apa yang telah kamu lakukan itu?” Dia menjawab: “ Kemurkaanmu, Ya Tuhan.” Lalu Allah mengampuninya.” Al-Zuhri juga turut mengatakan bahawa Hamid bin ‘Abd al- Rahman menceritakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata:
“ Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatkannya dengan tidak diberikan makanan dan tidak pula dibenarkan mencari makanannya sendiri daripada serangga di bumi.”
Kritikan
Mengenai wanita dengan kucing itu, sekiranya dia seorang mu’minah, justeru seperti kata ‘A’isyah ketika mendengar cerita ini, dia lebih bernilai di hadapan Allah untuk dihukum dengan api neraka kerana seekor kucing. Sekiranya dia seorang kafir, dia akan dihukum kerana itu.
Mengenai lelaki yang melakukan perbuatan keterlaluan, menurut riwayat hadith ini, tidak melayakkan diberikan pengampunan kerana dia bukan sahaja tetap dalam keadaan kufur sepanjang hidupnya bahkan pada masa matinya juga tetap bersikap ingkar dan berputus asa terhadap rahmat Allah dan cuba meletakkan dirinya yang berdasarkan fikirannya, kekuasaan Allah tidak akan dapat mencapainya, walaupun kekuasaan Allah meliputi segala sesuatu . Oleh sebab itulah, dia membuat wasiat yang amat buruk yang membayangkan sifat putus asa daripada rahmat Allah dan penafian kekuasaan Allah. Sudah pasti, orang kafir sepertinya tidak patut dan tidak layak sama sekali mendapat pengampunan menurut persepakatan pendapat.
Bahkan sekiranya diandaikan bahawa wasiat orang yang berdosa itu menjadi penyebab kepada pengampunan, adalah tidak mungkin bahawa Nabi (s.‘a.w) akan menceritakannya tanpa memberikan peringatan berbentuk larangan melakukan perbuatan seperti itu, kerana sekiranya dia meriwayatkannya tanpa arahan seperti itu, sebagaimana yang Abu Hurairah tunjukkan baginda lakukan, orang mu’min akan tersesat, dan ini dengan jelas menunjukkan bahawa mustahil ia dikatakan perbuatan Nabi (s.‘a.w).
54. Orang berdosa bertaubat kepada Allah kemudian kembali melakukan dosa berulang kali lalu Allah mengatakan kepadanya: “Buatlah apa yang kamu suka, kerana Aku telah mengampunimu.”
Menurut Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa: “ Seorang telah melakukan dosa, lalu mengatakan: Ya Allah, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa lalu kemudian menyedari bahawa dia mempunyai Tuhan Yang Maha Mengampuni dosanya dan menghitung dosanya. Kemudian orang itu kembali (pada asalnya) dan melakukan dosa sekali lagi. Lalu dia berkata:
Ya Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba- Ku melakukan dosa dan memperhitungkannya. Kemudian dia sekali lagi kembali (kepada asalnya) dan membuat dosa lagi sambil berkata: Ya Tuhanku, ampunilah dosaku.
Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia menyedari bahawa dia mempunyai Tuhan Yang Maha Mengampuni dosa dan memperhitungkan dosanya. Lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunimu.”
Kritikan
Hadith ini seperti yang terdahulu dari segi logik, tujuan dan stailnya, merupakan salah satu yang dikemukakan oleh Abu Hurairah daripada cerita-cerita khayalannya, seperti cerita-cerita yang pernah disampaikan wanita tua, tukang-tukang cerita di mana dia bertujuan untuk menunjukkan kebesaran sifat Maha Pengampun Allah, sedangkan hakikatnya adalah bahawa pengampunan Allah dan rahmat-Nya amat luas sehingga memerlukan mana-mana bentuk cerita dongeng untuk mengesahkan kepercayaan kepadanya. Pada hakikatnya, ia telah diperkukuhkan dengan akal dan juga menerusi ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang telah diakui umum bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga semua agama yang lain.
Jelaslah, Allah tidak sama sekali menghendaki manusia melakukan apa yang dilarang. Bagaimana mungkin seseorang boleh melakukan dosa, kemudian memohon keampunan, seklai lagi melakukan dosa dan kemudian memohon keampunan atas perlakuan dosanya dan mengulanginya semula sehingga akhirnya Allah membenarkannya melakukan dosa kerana Dia (Allah) telah mengampuninya. Apakah pula perbuatannya sehingga membolehkan seseorang diandaikan layak untuk mendapat keizinan untuk melakukan dosa sedangkan telah diketahui bahawa bahkan para nabi, rasul dan wali tidak diberikan kelonggaran seperti itu.
Banyak sekali cerita-cerita khayalan para penzalim yang disampaikan oleh Abu Hurairah untuk mengurangkan kadar perbuatan jenayah mereka sebagai contoh, dia mengatakan: “ Aku dengar Nabi (s.‘a.w) mengatakan: Malaikat maut mendekati seorang yang hampir mati tetapi tidak menemui sebarang kebaikan pada dirinya. Dia membuka hatinya, tetapi di situ juga dia tidak temui sebarang kebaikan. Lalu dia membuka tulang rahangnya dan mendapati tepi lidah menyentuh bahagian atas rahangnya mengucapkan La ilaha illa Allah. Lalu Allah mengampuninya.”113
Di antara riwayat-riwayat yang mengandungi cacian dan fitnah manusia ini dapatlah dikemukakan seperti berikut: Salat telah disiapkan dan saf-saf disediakan. Apabila Nabi (s.‘a.w) berdiri di atas kain sajdahnya, dia teringat bahawa dia dalam keadaan junub (yang memerlukan mandi wajib). Kita hanya dapat melepaskan diri daripada tuduhan-tuduhan seperti itu terhadap Nabi (s.‘a.w) kerana telah diketahui umum bahawa dia (Nabi) sentiasa memelihara diri dalam keadaan bersih dan suci pada setiap masa, iaitu dengan berwudu’ dan pada hakikatnya para nabi terlepas sama sekali daripada kekotoran seperti itu. Dalam suasana yang sama adalah riwayatnya yang menafikan kemuliaan Nabi (s.‘a.w) ke atas Musa atau hadithnya bahawa sesiapa sahaja mengatakan bahawa Nabi (s.‘a.w) lebih utama dan mulia daripada Yunus bin Matta adalah pendusta, sedangkan seluruh umat Islam bersepakat bahawa Nabi (s.‘a.w) merupakan manusia paling utama dan mulia daripada sekalian nabi, sebagaimana diperkukuhkan dengan hujah-hujah yang jelas, sahih dan benar.
Demikian juga tentang riwayatnya menyebutkan bahawa tiada perbuatan seseorang yang menyebabkannya masuk neraka. Orang ramai berkata: “ Kamu juga tidak termasuk, wahai Nabi. Katanya: Aku juga (tidak termasuk).114
Inilah batasan menentang ayat-ayat al-Qur’an sebagai contohnya: “ Inilah ganjaran pahala bagimu atas perbuatan yang kamu lakukan.” Manakala hadith ini: Tiada nabi diutuskan melainkan dia biasanya memberikan binatang makan rumput.”115
Kenyataan itu sudah melampaui batas dengan menjatuhkan kedudukan para nabi. Hadith ini pula menyebutkan: Nabi Ibrahim dikhitankan selepas melangkaui usia 80 tahun.116
Hadith ini pula menyebutkan: (Nabi) ‘Isa melihat seseorang mencuri lalu berkata kepadanya, Adakah kamu mencuri? Katanya: Tidak, demi Dia, tiada tuhan melainkan Dia. Justeru dia mengakui dan mengesahkannya dan menafikan apa yang dilihatnya itu.117
Hadith ini pula: Apabila Allah menciptakan Adam, Dia menggosok belakangnya dan dari situ keluarlah setiap ruh yang akan diciptakan sehingga ke hari Qiyamah seperti debu, kemudian Dia menjadikan kilauan cahaya di antara kedua mata setiap orang kemudian Dia meletakkannya di hadapan Adam. Adam bertanya: Siapakah mereka, Ya Tuhanku.” Allah menjawab: Keturunanmu. Di antara mereka, Adam perhatikan seorang yang mempunyai kilauan cahaya antara dua matanya yang menghairankannya, lalu dia berkata: Siapakah dia? Allah berkata: Inilah anakmu, Dawud. Adam berkata: Berapakah usia yang Kamu anugerahkan kepadanya? Allah berkata: 60 tahun.
Katanya: Ya Tuhanku, tambahilah 40 tahun daripada usiaku kepadanya, menjadikan usianya 100 tahun. Allah berkata: Apabila ia dicatat dan dicapkan, ia tidak dapat diubah lagi. Kini, apabila usia Adam sudah sampai, malaikat maut datang kepadanya untuk mematikannya, Adam berkata: “ Bukankah 40 tahun daripada usiaku masih ada.” Malaikat maut berkata kepadanya: “Bukankah kamu telah memberikannya kepada anakmu, Dawud?” Lantas, Adam menyangkalnya dan begitulah juga keturunannya.118
Demikianlah hadithnya yang hampir sama dengan dia menunjukkan keadaan luarbiasa, di antara contoh-contohnya di sini sebelum menutup perbincangan ini sebagai tambahan kepada apa yang telah pun diperlihatkan dalam halamanhalaman yang lebih awal:
Pertama, hadithnya menunjukkan bahawa berdasarkan percanggahannya sendiri, dia bersama-sama dengan Ala’ bin al- Hadrami apabila dia diutus dalam suatu ekspedisi ketenteraan seramai 4000 orang menuju ke arah Bahrain. Lalu mereka berjalan sehingga sampai ke sebuah teluk yang tidak pernah dilalui mahupun direntasi. Kemudian Ala’ memegang tali kekang kudanya dan melintasi permukaan air sementara tenteranya mengikutinya. Abu Hurairah menambah: “ Demi Allah, tiada kaki, kasut mahupun kuku yang basah.”
Kritikan
Sekiranya hadith ini benar, setiap orang dalam kumpulan tentera yang mengandungi 4000 orang sahabat akan menceritakannya sebagai suatu hadith yang tampak begitu jelas dengan para perawi (sanad) yang bersambung-sambung. Tetapi pada hakikatnya ia tidak mempunyai kekuatan sanad kecuali kepada Abu Hurairah sahaja. Apalah malangnya! Kedua, hadith tentang Mizwad (bekas bekalan). Abu Hurairah berkata: Aku menghadapi tiga nasib malang yang tiada taranya dalam Islam. Kematian Nabi (s.‘a.w), akulah sahabatnya yang rendah diri, pembunuhan ‘Uthman dan kemudian kehilangan mizwad. Orang ramai bertanya kepadanya apa yang dimaksudkan mizwad. Katanya: “ Kami berada bersama-sama Nabi (s.‘a.w) dalam suatu perjalanan apabila baginda bertanyakanku: Adakah kamu mempunyai sesuatu?” Aku berkata: “ Buah tamar dalam bekas bekalanku.” Dia berkata: “
Keluarkanlah.” Aku keluarkan tamar itu dan menyerahkannya kepadanya. Dia menyentuhnya dan berdoa dengannya sambil berkata: “ Bilang sampai sepuluh.” Aku bilang sampai sepuluh dan mereka makan sehingga mereka kekenyangan. Selepas itu, perkara yang sama berlaku sehingga seluruh tentera dapat makan dan buah tamar itu tetap bersama denganku dalam bekas bekalanku. Kemudian dia berkata: “ Wahai Abu Hurairah, bila sahaja kamu ingin makan sesuatu daripadanya, letakkanlah ia dalam tanganmu dan janganlah ragu-ragu.” Lalu, aku makan daripadanya sepanjang hayat Nabi (s.‘a.w), sepanjang hayat Abu Bakr, sepanjang hayat ‘Umar, dan sepanjang hayat ‘Uthman, namun sebaik sahaja ‘Uthman terbunuh aku telah kehilangan apa yang ada di tanganku dan juga bekas bekalanku. Patutkah aku memberitahumu berapa banyak aku makan daripadanya? Aku makan daripadanya sebanyak 200 muatan (unta)!”
Kritikan
Tidak ragu-ragu lagi bahawa Nabi (s.‘a.w) biasanya memberi makan sejumlah besar tetamu daripada bekalan yang sedikit dalam beberapa kejadian, dan ia dianggap sebagai suatu mu‘jizat dan bukti perutusannya. Namun begitu, hadith ini secara khusus merupakan ciptaan Abu Hurairah sebagai suatu cara untuk memberikan sumbangan untuk kepentingan Bani Umaiyyah dengan mengada-adakan kegemparan tentang pembunuhan ‘Uthman dengan cara memperlihatkan pakaiannya yang bersalut darah dan jari jemari tangan isterinya yang terpotong, dan dengan cara itu, menyebabkan orang ramai menangisi dan meratapi kematiannya.
Abu Hurairah kelihatan memiliki sebuah bekas yang jauh lebih besar daripada mizwad (bekas bekalan)nya, yang dengannya dia dapat mengeluarkan hadith dalam apa jua corak, teks atau bentuk yang dia sukai, bila sahaja dia kehendaki dan dalam keadaan bagaimana dia citrakan kerana kerapkali apabila dia meriwayatkan sesuatu dia ditanya: “ Adakah kamu mendengarnya sendiri daripada Nabi (s.‘a.w)?” dan dia akan menjawab: “ Tidak, tetapi ia adalah daripada bekas Abu Hurairah.” Sudah jelas ketakjuban Abu Hurairah adalah terlalu banyak untuk dapat dimuatkan dalam satu jilid.
55. Abu Hurairah mengaitkan cerita atau riwayatnya sendiri kepada Nabi (s.‘a.w)
Adalah menjadi kebiasaan bagi Abu Hurairah mengaitkan (hadith) secara langsung kepada Nabi (s.‘a.w), walaupun hadith-hadith itu diterimanya daripada orang perantara. Dengan kata-kata lain, dia tidak membuat sebarang perbezaan di antara apa yang dia dengari sendiri daripada Nabi (s.‘a.w) secara langsung dan apa yang dia perolehi menerusi orang lain. Contoh, riwayatnya bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata kepada bapa saudaranya, Abu Talib: “ Ucapkanlah La ilaha illa Allah, aku akan menjadi saksi untukmu pada Hari Qiyamah….” dan sebagainya. Sudah diketahui umum bahawa Abu Talib wafat 20 tahun sebelum Abu Hurairah datang ke kota Hijaz dari tanah tumpah darahnya, Yaman dan kerana itu, tidak timbul persoalan dia mendengarnya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) yang menyebutkan demikian tetapi Abu Hurairah meriwayatkannya tanpa menyebutkan nama orang tengah atau perantara seolah–olah dia melihat dengan matanya sendiri bahawa Nabi (s.‘a.w) berbicara dengan bapa saudaranya, Abu Talib dan benar-benar mendengar kata-katanya.
Sekali lagi, Abu Hurairah menceritakan bahawa ketika ayat “ wa andhir ‘asyirata-ka’l-aqrabin,” diwahyukan, Nabi (s.‘a.w) berdiri di antara bapa-bapa saudaranya sambil berkata: “Wahai kaum Quraisy, aku tidak dapat menyelamatkanmu daripada Allah….” Di sini sekali lagi, semua ulama bersepakat bahawa ayat ini diwahyukan semasa zaman-zaman awal kenabian baginda (s.‘a.w) bahkan sebelum ia diketahui umum sementara pada masa itu, Abu Hurairah masih lagi berada di Yaman sebagai seorang bukan Islam kerana dia hanya datang ke kota Hijaz kira-kira 20 tahun selepas penurunan wahyu tersebut. Bagaimana mungkin dia boleh mendakwa: Nabi (s.‘a.w) berdiri sambil berkata,” seolah-olah dia hadir dalam peristiwa itu dan melihat semua yang berlaku dalam kejadian itu dengan matanya sendiri dan mendengar semua perkataan itu dengan telinganya ketika ia ditutur atau diucapkan di tempat itu.
Demikianlah juga, katanya: Nabi (s.‘a.w) selalu berdoa dalam qunutnya: “ Ya Allah, ampunilah Salma bin Hisyam; Ya Allah ampunilah Walid bin Walid; Ya Allah ampunilah ‘Ayyasy bin Abi Rabi‘ah; Ya Allah ampunilah orang-orang mu’min yang lemah (yang orang-oang kafir dapat tawan kembali daripada berhijrah….)” Tokoh ulama semasa yang terulung pada zaman ini, Muhammad Amin al-Misri telah juga merujuk kepada sikap dan tabiat Abu Hurairah apabila dia menyebutkan: Adalah jelas bahawa Abu Hurairah tidak hanya membataskan dirinya kepada apa yang dia sendiri dengar daripada Nabi (s.‘a.w) bahkan dia juga menceritakan daripada Nabi (s.‘a.w) apa yang dia terima menerusi orang lain.
Hakikatnya, Abu Hurairah sendiri mengakui kenyataan ini. Contoh, ketika dia menceritakan hadith yang dikatakan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa seseorang yang berada dalam keadaan berjanabah (berhadath besar) pada waktu subuh tidak harus berpuasa, dan ‘A’isyah serta Umm Salmah menafikannya, dia mengembalikan hadith itu sebaliknya kepada Fadl bin ‘Abbas dengan mengatakan bahawa dia tidak mendengarnya daripada Nabi (s.‘a.w), tetapi daripada Fadl bin ‘Abbas.
Apakah hadith ini palsu atau sahih, kenyataannya adalah bahawa Abu Hurairah di sini dengan sendirinya mengakui bahawa dia memperolehinya daripada Fadl dan bukannya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w).
Mungkin dapat dihujahkan untuk menyokong Abu Hurairah bahawa ia tidak memberikan kesan kepada kesahihan hadith itu sekiranya ia diterima walaupun tidak langsung daripada Nabi (s.‘a.w) , tetapi menerusi seorang perawi selama mana diterangkan bersumber daripada Nabi (s.‘a.w) pada akhirnya. Ini bukanlah alasan yang kukuh kerana kaedah ilmu hadith menghubungkan kepada kesahihan, kejujuran dan kesepaduan semua perawi yang mungkin terlibat dalam periwayatan hadith daripada Nabi (s.‘a.w) hingga ke peringkat terakhir sewaktu ia dicatatkan. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu kewajiban bagi setiap orang (perawi) yang tidak menerima hadith itu secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) menyatakan nama perawi yang menerimanya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) dan juga namanama semua orang yang menjadi perawi hingga kepada perawi yang terakhir. Ini merupakan suatu kewajiban bertujuan untuk menguji kesahihan hadith itu menerusi penglibatan hanya para perawi yang benar dan boleh dipercayai, dan hal ini tidak mungkin berlaku sekiranya nama walaupun salah seorang daripada perantara (orang tengah) tidak diketahui. Kesimpulan perbincangan ini menunjukkan bahawa oleh kerana Abu Hurairah selalu membuangkan nama-nama perawi yang menjadi perantaraan dalam kebanyakan hadith yang diriwayatkannya menyebabkan ia boleh dipersoalkan kecuali hadith-hadith itu diakui oleh orang lain menerusi para perawi yang tidak terputus, yang kesahihannya dapat diperiksa dan diuji. Oleh kerana itu, hadith-hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah sendirian gagal diterima sebagai hadith yang sahih dan boleh dipercayai.
|
|
0 komentar:
Posting Komentar