| |
59. Beberapa mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang menakjubkan
Mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang hakiki membingungkan bukan sahaja orang yang bijaksana dengan cahaya kebenarannya dan mengalahkan para penzalim yang besar di bumi ini dengan kecemerlangan sifat tabi‘inya dan penerimaan kejadian itu hingga menyebabkan mereka menundukkan kepala mereka dalam keadaan mengaku kalah dan mengakui kebesarannya.
Di sini ada beberapa contoh mu‘jizat:
(1) Ketika Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) ke Yaman, baginda menepuk dada ‘Ali (‘a.s) dengan tangan baginda sambil berkata: “ Ya Allah, berilah petunjuk kepada hatinya dan perkukuhkan lidahnya.” ‘Ali (‘a.s) telah menceritakan bahawa selepas itu beliau tidak teragak-agak membuat keputusan di antara dua kumpulan.142
(2) Ketika Allah mewahyukan ayat: “ agar diperhatikan oleh telinga yang mendengar,”143 Nabi (s.‘a.w) mengatakan kepada ‘Ali (‘a.s): “ Aku memohon Allah menjadikannya pada telingamu.” ‘Ali (‘a.s) telah menceritakan bahawa selepas itu beliau tidak lagi terlupa segala sesuatu dan bagaimana dapat beliau lupa?144
(3) Pada peristiwa Khaybar, ‘Ali (‘a.s) memegang panji-panji, Nabi (s.‘a.w) berkata: “ Ya Allah, perkuatkanlah dia terhadap kepanasan mahupun kesejukan.” ‘Ali (‘a.s) berkata: “ Selepas dari itu, keadaan panas ataupun sejuk tidak lagi memberikan masalah kepadaku.” Pada hakikatnya, selepas itu ‘Ali (‘a.s) biasanya keluar pada musim sejuk dengan dua helai pakaian, sehelai kain dan selimut manakala pada musim panas pula dengan baju panjang luar yang agak tebal, memperlihatkan kebenaran mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) dan meninggalkan kesan yang berkekalan.
Keterangan ini diberikan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab Musnadnya, juga oleh Ibn Abi Syaibah, Ibn Jarir dan lain-lain dan diakui benar dalam kitab Muntakhab Kanz al-‘Ummal pada bahagian tepi kitab Musnad oleh Imam Ahmad ibn Hanbal.145
(4) Ketika Jabir mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) mengenai hutang bapanya, dia pergi bersama-sama dengannya ke kawasan pembantingannya dan berpusing mengelilinginya sambil berdoa mengharapkan kemurahan di dalamnya. Kemudian dia duduk di sana dan para pemiutang juga turut datang ke sana. Baginda membayar semua hutang kepada mereka sementara bakinya masih ada untuk Jabir dalam jumlah yang sama dengan apa yang mereka kutip itu.
(5) Apabila Rasulullah (s.‘a.w) berkehendakkan kebaikan kepada seseorang, baginda akan berdoa untuknya, dan sekiranya berkehendakkan keburukan baginda akan memohon keburukan untuknya sebagaimana baginda lakukan terhadap Mu‘awiyah ketika baginda bersabda: “ Allah tidak akan memenuhkan perutnya, atau sebagaimana baginda lakukan terhadap Hakam bin Abi al-‘As. Dalam mana-mana keadaan, kita tidak dapati mana-mana perbuatan Nabi (s.‘a.w) seperti yang pernah dilaporkan oleh Abu Hurairah yang terlalu jauh daripada kebijaksanaan baginda yang begitu terserlah yang daripadanya, mata orang yang sesat turut memperolehi cahaya, dan darinya mercu ketinggian petunjuk biasanya muncul, seperti menyelesaikan kesukaran yang membingungkan dan menyimpangkan diri menerusi lorong-lorong kegelapan dan kejahilan.
60. Sekilas pandang tentang kebaikan Abu Hurairah
Kami telah meneliti semua kitab hadith yang mu‘tabar untuk mencari kemuliaan Abu Hurairah sekiranya ada diriwayatkan oleh Nabi (s.‘a.w), tetapi malangnya kami tidak menemui sesuatu kecuali Abu Hurairah sendiri sebagaimana dapat dilihat dengan jelas daripada contoh berikut.
Pengarang kitab al-Isti‘ab mengatakan sesuatu mengenainya: Abu Hurairah menganuti Islam pada tahun berlakunya Perang Khaybar, mengambil bahagian dalam perang itu bersama-sama Nabi (s.‘a.w) dan kemudian merapatkan diri selamanya dengan Rasulullah (s.‘a.w) bukannya kerana cintakan ilmu, sekadar berpuashati hanya untuk mengisi perutnya. Justeru, tangannya biasanya berada pada tangan Rasulullah (s.‘a.w) dan dia biasanya pergi bersama baginda ke mana sahaja baginda pergi. Dia merupakan orang yang paling kuat ingatan di kalangan semua sahabat Nabi (s.‘a.w). Dia hadir mendengar Nabi (s.‘a.w) kerana tiada orang lain di kalangan semua Muhajirin dan Ansar hadir, kerana golongan Muhajirin sibuk dalam mengejar perniagaan sedangkan golongan Ansar pula melibatkan diri dalam perniagaan harian. Nabi (s.‘a.w) sendiri menyaksikan bahawa dia mengingini ilmu dan hadith seperti dikatakannya kepada baginda:
“Wahai Rasulullah (s.‘a.w) Aku telah mendengar banyak hadith daripadamu dan aku bimbang mungkin aku lupa.” Nabi (s.‘a.w) berkata kepadanya: “ Bentangkanlah pakaianmu.” Aku lalu membentangkannya dan Nabi (s.‘a.w) menggerakkan tangan baginda ke atasnya dan kemudian berkata: “ Gulungkanlah ia.” Selepas itu, aku tidak lupa segala sesuatu.
Kelebihan-kelebihan ini dan yang lain-lain sepertinya merupakan kandungan (teks) hadith-hadith yang Abu Hurairah sendiri ceritakan dan kita tidak pula dapat mencari mana-mana autoriti untuknya kecuali dirinya sendiri. Perkara yang sama juga membabitkan semua aspek yang diceritakan daripadanya sebagaimana kebanyakan ulama sudah pun sedia maklum.
Marilah kita menganalisis kenyataan tersebut. Oleh kerana Abu Hurairah menganuti Islam dalam tahun berlakunya Perang Khaybar, ia dibuktikan menerusi riwayat-riwayat selain daripada dirinya sendiri, namun begitu sama ada Abu Hurairah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w) , kami tidak pula temuinya diriwayatkan oleh mana-mana orang yang lain selain daripada Abu Hurairah sahaja, dan para cendikiawan dan ilmuan yang telah menjelaskan dakwaannya yang mengakui kehadirannya dalam peperangan itu dengan cara yang berbeza-beza.
Dalam persoalan dia mendekatkan diri kepada Nabi (s.‘a.w) dan terus berada di situ bukannya kerana cintakan pengetahuan dan merasa puas dengan hanya mengisi perutnya dan tangannya dalam genggaman tangan Nabi (s.‘a.w), oleh yang demikian dia akan pergi ke mana sahaja Nabi (s.‘a.w) pergi, inilah perkara yang Abu Hurairah dakwakan tetapi pemberatan untuk membuktikan kesahihannya tergantung kepadanya. Dalam hubungan ini, dia berkata: “ Aku datang ke Madinah sementara Nabi (s.‘a.w) pula di Khaybar, dan pada masa itu aku berusia lebih 30 tahun. Justeru aku tinggal dengannya sehingga baginda wafat.
Biasanya aku bergilir-gilir dengannya dalam rumah isteri-isterinya. Aku bekerja sebagai orang suruhannya, aku berperang dalam peperangan bersama dengannya dan melakukan haji dengannya. Aku mengatasi semua manusia dalam ilmu mengenai hadith-hadithnya. Demi Allah, terdapat orang yang bersama dengannya lebih awal berbanding denganku, tetapi setelah mengetahui keakrabanku dengannya biasanya mereka menanyakanku tentang hadith-hadithnya.
Mereka termasuklah ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s), Talhah, Zubair …… “ dan lain-lain. Sikap Abu Hurairah yang tidak sedikit pun merasa malu meriwayatkan hadith seperti itu benar-benar memeranjatkan, kerana ia jelas sekali berlawanan dengan kenyataan dan jauh sekali daripada kebenaran, tetapi bagi mereka yang benar-benar mengetahui fakta tersebut akan mengetahui bahawa dia tidak meriwayatkan hadith itu pada zaman para sahabat terdahulu, ulama dan anggota-anggota masyarakat yang penting. Hanya selepas kematian hampir semua sahabat itu dan penaklukan bumi yang lain seperti Syria, ‘Iraq, Mesir, Afrika dan Iran ketika sebilangan besar sahabat berkurangan sementara bilangan orang muslim di kawasan yang dikuasai bertambah dan mereka tidak pernah mengetahui sesuatu pada zaman Nabi (s.‘a.w), lalu Abu Hurairah memberanikan diri dengan mulai meriwayatkan hadith.
Cara ini sebenarnya merupakan masa ketika kebanyakan pendusta mendapati diri mereka berada bersama di alam yang baru di mana hanya beberapa orang sahaja mengetahui kedudukan pada zaman awal Islam. Mereka mendapati orang ramai di persekitaran yang baru hanya bersetuju sahaja dengan mereka dan menerima sebagai suatu ibadat apa sahaja yang mereka dengar daripada mereka. Ini adalah kerana pada pandangan kumpulan baru ini, para pendusta tersebut mewakili kumpulan terakhir dari kalangan sahabat besar Nabi (s.‘a.w) yang dikatakan pemelihara segala perbuatan dan pemegang amanah perutusan baginda (s.‘a.w) yang baik, yang kerana itu bertanggungjawab kepada penyebarannya.
Pada masa yang sama, pemerintahan Bani Umaiyyah mengabadikan segala usaha untuk menyokong mereka dan dalam keadaan inilah ia menggalakkan mereka untuk menceritakan segala bentuk hadith yang salah dan tidak dapat dibuktikan, walaupun hadith itu mungkin bercanggah dengan hukum-hakam Islam atau tidak dapat diterima akal, ataupun penuh dengan kekejian atau pendustaan, kerana ia bersesuaian dengan tujuan dan perintah dalam polisi mereka yang zalim kerana mereka menjadikan agama Allah sebagai dalih atau helah, menganggap semua makhluk Allah sebagai pengikut setia mereka manakala harta Allah sebagai hak milik mereka.
Dengan cara ini, kumpulan pendusta ini memberikan khidmat sebagai alat pemerintah jahat dan zalim ini. Di pihak mereka pula, para pemerintah tersebut menaungi dan dan membantu mereka dengan menggunakan pelbagai cara menerusi kekuasaan mereka yang zalim itu secara berleluasa. Ini kerana para pendusta tersebut terbukti menjadi anggota yang berkhidmat kepada mereka, iaitu sebagai lidah kepada tuntutan mereka dan mata kepada semua perancangan mereka yang dapat dilihat. Jelaslah bahawa orang-orang seperti inilah yang dikatakan oleh al-Qur’an sebagai:
“ Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al- Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “ Ini daripada Allah.”146
Demi Allah, seseorang yang memberikan perhatian secara serius akan merasa hairan tokoh-tokoh hadith yang terkemuka seperti al- Bukhari, Muslim, Ahmad ibn Hanbal dan lain-lain dalam kelompok yang sama, yang menggunakan akal fikiran untuk mengkaji tetapi kemudian tunduk akur seperti orang-orang yang bisu dan bebal berhadapan dengan apa yang Abu Hurairah dan lain-lain yang seumpama mereka inginkan. Terlalu banyak persoalan menjelma dalam benak fikiran di sini.
Contohnya, adakah mereka mempunyai keberanian untuk mengetahui bila ‘Ali (‘a.s), ‘Umar, ‘Uthman, Talhah, Zubair dan lain-lain dari kalangan tokoh-tokoh terdahulu pernah bertanya sesuatu kepadanya? Adakah persoalan yang mereka tanyakannya pada masa jaga, tidur atau dalam keadaan khayal? Apakah pula hadith yang mereka tanyakan? Siapakah lagi selain daripada Abu Hurairah telah meriwayatkan perkara tersebut mengenai mereka? Pengarang kitab terkemuka manakah telah menyebutkan nama salah seorang daripada mereka yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah walaupun sebuah hadith sekalipun? Bilakah pula mereka bergantung kepada riwayatnya? Kenyataannya adalah bahawa kami tidak pernah mendapatinya meriwayatkan (hadith) semasa mereka masih ada, atau dia berani menyampaikan riwayat di hadapan mereka. Di satu pihak lagi, mereka biasanya merendah-rendahkan kedudukannya dan seringkali pula mendustakannya sebagaimana yang telah dibicarakan dengan panjang lebar dalam halaman-halaman terdahulu.
Marilah kita terus menganalisis petikan daripada kitab al-Isti‘ab. Berkenaan dengan kenyataannya bahawa Abu Hurairah merupakan tokoh yang paling kuat hafalan di kalangan semua sahabat Nabi (s.‘a.w), ia hanya diambil daripada hadithnya yang terdahulu: “ Aku merupakan orang yang paling mengetahui hadith dari sekalian orang.” Berhubung mengenai keterangan, “ dia hadir mendengar Nabi (s.‘a.w) kerana tiada seorang pun dari kalangan golongan Muhajirin dan Ansar menghadirkan diri…” ia diambil daripada riwayat yang dia kemukakan mengenai pembentangan kainnya dan persoalan tersebut telahpun dibincangkan dengan panjang lebar untuk menunjukkan kepalsuannya.
Berkenaan dengan kenyataannya bahawa Nabi (s.‘a.w) sendiri menyaksikan bahawa dia suka akan ilmu dan hadith adalah diambil daripada keterangan Abu Hurairah sendiri: Aku kata, Wahai Rasulullah (s.‘a.w), siapakah orang yang bernasib baik diberikan syafa‘atmu? Baginda membalas: “ Ketika aku memperhatikan keinginanmu kepada hadith, aku fikir tidak ada orang lain kecuali engkau berada dalam kedudukan yang baik untuk menanyakan soalan ini.” Ia telah diceritakan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya menerusi al-Maqbari daripada Abu Hurairah. Ibn Hajar turut memasukkannya ke dalam kitabnya, al-Isabah merujuk kepada Abu Hurairah. Turut sama diceritakan dalam kitab yang sama bahawa Abu Hurairah biasanya berkata: “ Aku tetap berada bersama Nabi (s.‘a.w) selama 3 tahun ketika tiada seorang pun kecuali aku yang amat suka akan hadith-hadith daripada baginda.”
Sebagaimana yang telah diperlihatkan dalam halaman-halaman terdahulu, keistimewaan-keistimewaan yang didakwanya itu termasuklah seperti berikut:
. Bekas bekal (Mizwad) yang daripadanya seramai lebih daripada 200 orang dapat makan.
. Hambanya yang dibebaskan atas nama Allah.
. Dua buah bekas ilmunya, salah satunya dia bukakan manakala yang kedua dia tidak bukakannya.
. Doa Nabi (s.‘a.w) untuknya dan untuk ibunya.
. Dia berjalan di atas air sehingga melintasi seluruh teluk tanpa dibasahi air walaupun sebelah kaki.
Dilihat dari analisis setiap daripada keistimewaan tersebut yang dikemukakan dalam halaman-halaman sebelumnya, seseorang sudah tentu akan ketawa dan menangis pada masa yang sama. Dalam keadaan yang amat menyedihkan ini kita hanya dapat mengucapkan ayat al-Qur’an berikut:
“ Inna li-Llah wa inna ilaihi raji‘un (Daripada Allah kita datang kepada Allah pula kita kembali).”
61. Beberapa perkara baru tentang Abu Hurairah
(1) Imam Ahmad ibn Hanbal dalam Musnadnya147, sebuah riwayat Abu Hurairah menerusi Muhammad bin Ziad yang berkata: Ketika Marwan menjadi gabenor di Madinah dalam zaman kekuasaan Mu‘awiyah, biasanya dia melantik Abu Hurairah menjalankan kewajibannya. Kemudian Abu Hurairah biasanya menghentakkan kakinya dan melaungkan: “ Sila beri laluan, sila beri laluan, gabenor datang, gabenor datang.”
(2) Ibn Qutaibah al-Daynawari telah menceritakan dalam kitabnya, al- Ma‘arif148 mengenai Abu Hurairah daripada Abu Raf‘i yang berkata: Marwan menlantik Abu Hurairah melaksanakan kewajibannya sebagai gabenor di Madinah. Dia kemudian akan menunggang kaldai dengan meletakkan pelana keras dan menutup kepalanya dengan pelepah tamar. Sekiranya dia berjumpa seseorang, dia akan berkata: “ Tolong beri jalan, gabenor datang.” Kadang-kala dia melintasi kanak-kanak yang sedang bermain permainan gagak pada waktu malam. Mereka tidak dapat melihat sesuatu sehinggalah dia berada di khalayak mereka. Kemudian dia akan menghentakkan kakinya. Diceritakan juga oleh Ibn Sa‘d dalam kitab Tabaqat,149 mengenai Abu Hurairah daripada beberapa sumber.
(3) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,150 mengenai Abu Hurairah dengan sumbernya sampai kepada Tha‘labah bin Abi Malik al-Qarzi yang menceritakan: Abu Hurairah muncul di pasar membawa seikat kayu yang dijunjung di atas kepalanya sedangkan pada masa itu dia sedangkan menjalankan kewajiban sebagai pengganti Marwan, lalu dia melaungkan: “berilah laluan untuk gabenor, wahai Ibn Abi Malik.” Aku berkata kepadanya: Ini dah cukup untukmu.” Dia berkata sekali lagi: “ berilah laluan kepada gabenor,” dan ikatan kayu itu berada di atas kepalanya.
(4) Abu Nu‘aim turut menceritakan dalam Hilyat al-Awliya’,151 mengenai Abu Hurairah menerusi Ahmad ibn Hanbal, daripada Abi ‘Ubaidah Haddad, daripada ‘Uthman al-Syahham daripada farqad al-Sabkhi yang menceritakan: “ Abu Hurairah sedang melakukan Tawad sambil berkata:
“ Celakalah perutku ini, apabila aku memenuhkannya, ia menyusahkanku dan apabila aku mengosongkannya ia mencelakakanku.”
(5) Al-Zamakhsyari menceritakan dalam kitabnya, Rabi‘ al-Abrar bahawa Abu Hurairah biasanya mengatakan: “ Ya Allah, kurniakanlah gigi yang dapat mengunyah, perut yang hadam dan isi perut atau usus yang mudah kosong.”
(6) Dalam kitab yang sama, diceritakan bahawa Abu Hurairah suka akan Muzirah. Muzirah ialah sejenis makanan yang disediakan bersama susu yang menjadikannya masam. Justeru, biasanya dia makan bersamasama Mu‘awiyah, tetapi apabila sampai waktu salat, dia akan mendirikan salat yang diimamkan ‘Ali (‘a.s). Apabila ditanyakan kepadanya dikatakan: “ Muzirah Mu‘awiyah sungguh enak dan indah sedangkan salat di belakang ‘Ali (‘a.s) memberikan pahala yang lebih.”
Oleh kerana alasan inilah, dia dikenali Syaikh al-Muzirah. Cerita ini menunjukkan bahawa Abu Hurairah ada dalam Perang Siffin, tetapi dia tetap mempertahankan keputusan yang tidak memihak di antara keduadua kumpulan dengan dua wajah dan dua lidah, yang bertujuan agar dia tidak memudaratkan dirinya untuk pergi kepada parti atau kumpulan yang menang pada akhirnya.
Masih terdapat satu tempat di antara Syria dan ‘Iraq berdekatan Siffin, sebuah binaan yang dikenali sebagai tempat Abu Hurairah. Orang ramai menceritakan bahawa sepanjang beberapa hari dalam Perang Siffin, Abu Hurairah biasanya menunaikan salat bersama orang-orang ‘Ali (‘a.s), sementara makan pula bersama-sama Mu‘awiyah dan ketika peperangan bertambah hebat, dia akan pergi ke kawasan berbukit yang berhampiran. Apabila ditanya mengenainya dia berkata: ‘Ali lebih mengetahui (alim), manakala Mu‘awiyah pula lebih selamat.”
(7) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya,152 Hilyat al-Awliya’ daripada Abu ‘Uthman al-Nahdi bahawa pada suatu ketika, Abu Hurairah dalam perjalanan ketika orang ramai berhenti dan bersedia menyiapkan makanan. Mereka mencari Abu Hurairah yang sedang sibuk menunaikan salat. Lalu dia berkata: “ Aku berpuasa.” Ketika mereka hampir selesai, dia pun datang dan mulai makan. Orang ramai melihat kepada Rasulullah (s.‘a.w) yang berkata: “ Kenapakah kamu melihatku.
Dia telah memberitahuku bahawa dia berpuasa.” Justeru Abu Hurairah berkata: “ Dia benar. Aku terdengar Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Berpuasa pada seluruh bulan Ramadan ditambahi berpuasa 3 hari dalam setiap bulan menjadikan seseorang seolah-olah berpuasa sepanjang masa,” dan aku telah berpuasa 3 hari dalam bulan itu. Lantaran itu, aku makan sebagai mengurangkan kesukaran daripada Allah dan sedang berpuasa untuk menambahkan limpah rahmat daripada-Nya.”
(8) Al-Bukhari telah menceritakan dalam kitab Sahihnya153 daripada Muhammad bin Sirin, dan demikianlah juga Abu Nu‘aim telah menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,154 bahawa: “ Kami bersama-sama Abu Hurairah dan dia berpakaian dengan dua helai, diperbuat daripada kain daripada tumbuhan rami yang dengannya dia gunakan untuk membersihkan hidungnya. Kemudian dia berkata: “ Alangkah gembiranya Abu Hurairah sedang membersihkan hidungkan dengan kain tumbuhan rami, biarpun kamu telah menyaksikanku berdengkur di tempat antara mimbar Nabi (s.‘a.w) dan rumah ‘A’isyah sedangkan sesiapa pun boleh datang dann meletakkan kakinya ke tengkukku kerana percaya aku gila. Sebenarnya ia bukanlah kerana gila tetapi lebih kerana kelaparan.”
(9) Perkara baru mengenainya adalah dia biasanya bermain sidr sejenis permainan. Ibn al-Athir menulis tentang pengertiannya dalam kamus besarnya, al-Nihayah seperti berikut: Seseorang telah dikatakan menceritakan: “ Aku lihat Abu Hurairah bermain Sidr…” Kemudian dia menambahkan: “ Sidr ialah sejenis permainan melibatkan perjudian…”
Kamus besar, Lisan al-‘Arab turut memberikan pengertian yang sama kepada perkataan tersebut dengan tambahan bahawa terdapat sebuah hadith oleh Yahya ibn Abi Kathir mengenainya hingga dikatakan: “ Sidr merupakan permainan syaitan yang lebih ringan bermaksud bahawa ia perbuatan syaitan.”
(10) Berbicara mengenai pengertian Aqrab dalam kitab Hayat al- Hayawan, al-Damiri menyatakan bahawa ia permainan “ syatranj ” (catur) sambil menambahkan bahawa Saluki menceritakan ia sah daripada ‘Umar ibn al-Khattab, khalifah kedua, Abu Basr serta Abu Hurairah, manakala Abu Hurairah bermain permainan ini sudah lumrah diketahui dalam kitab-kitab hukum Islam. Dia juga turut mengatakan bahawa Ajiri telah menceritakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Sekiranya kamu melintasi orang-orang yang sedang bermain dengan permainan catur dan silap mata, jangan berikan salam kepada mereka.”
62. Kematian Abu Hurairah dan keturunannya yang masih selamat
Kematian Abu Hurairah berlaku di istana dekat Abiq. Dia kemudian dibawa ke kota Madinah di mana anak-anak ‘Uthman bin ‘Affan (Khalifah ketiga) mengusung kerandanya ke maqam al-Baqi‘ sebagai balasan terhadap penghormatannya kepada bapa mereka. Salat jenazahnya dipimpin oleh al-Walid bin ‘Utbah bin Abi Sufyan, gabenor Madinah, kerana Marwan dipecat. Al-Walid memimpin salat jenazahnya selepas mendirikan salat ‘Asr bersama-sama orang ramai. Mereka yang hadir terdiri daripada Ibn ‘Umar, Abu Sa‘id al-Khudri dan yang lain-lain seperti mereka.
Al-Walid kemudian menulis kepada bapa saudaranya, Mu‘awiyah, seorang khalifah memberitahunya tentang kematian Abu Hurairah dan dia membalas balik: “ Carilah orang-orang yang masih ada dan bayarkanlah mereka 10 000 dinar. Jagalah kaum kerabatnya dan berbuat baiklah dengan mereka, kerana dia merupakan salah seorang yang membantu ‘Uthman dan bersama-sama dengannya dalam rumahnya.
Kematiannya berlaku pada tahun 57 atau menurut sumber lain 58 manakala yang lain-lain menyebutkan 59 Hijrah pada usianya 78 tahun. Di antara kaum kerabatnya yang masih ada yang kami ketahui ialah anaknya, Muharrir bin Abu Hurairah dan anak perempuannya yang dia selalu sebutkan: “ Bapaku tidak membenarkanku memakai emas kerana takutkan api neraka.” Diketahui juga bahawa Muharrir mempunyai seorang anak bernama Naim. Dialah yang menceritakan tentang datuknya bahawa dia memiliki tali dengan 1000 biji manik dan dia tidak akan tidur kecuali dia menyebutkan mengenainya.
Diceritakan juga daripadanya bahawa seseorang bertanya kepada Nabi (s.‘a.w): “ Berilah nasihat kepadaku tentang apa yang patut aku tukarkan?” Nabi (s.‘a.w) berkata: : Kamu patut berurusan dalam urusan pakaian kerana ia menggembirakan penjual kain bahawa orang ramai patut berpakaian cantik dan mengikut stail moden.” Ibn Sa‘d telah menyebutkan Muharrir dalam kitabnya, Tabaqat dan menunjukkan susurgalur keturunannya yang berkait dengan Dus. Dia mati semasa pemerintahan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Dia sangat sedikit meriwayatkan hadith.
63. Glosari
Bani Umaiyyah : Kaum kerabat dan keturunan Umaiyyah dikenali sebagai Bani Umaiyyah termasuklah rangkaian khalifah diketuai Mu‘awiyah yang berkuasa selepas kesyahidan ‘Ali (‘a.s) dan perjanjian damai dengan Imam al-Hasan (‘a.s).
Bi‘thah: Permulaan kenabian Nabi Muhammad (s.‘a.w)
Dinar: Wang emas bersamaan dengan 20 Dirham
Dirham: Wang perak
Fiqh: Nama digunakan kepada hukum-hakam Islam dalam pelbagai subjek.
Fitrah: Zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang berada pada Hari Raya ‘Aid al-Fitri – 1 Syawwal
Haj atau Hajj: Menziarahi Ka‘bah (Baitullah di Makkah) dengan melakukan amalan-amalannya
Hanafi: Merujuk kepada madhhab fiqh Islam yang mengikuti tafsiran hukum Islam yang dihubungkan kepada Abu Hanifah al-Nu‘man bin Thabit, yang kini merupakan kumpulan majoriti umat Islam
Junub (daripada Janabat): Keadaan seseorang sebelum melakukan mandi wajib selepas mengadakan hubungan kelamin atau mengeluarkan mani
Kursi: (ayat Ayat al-Qur’an yang di dalamnya perkataan kursi (bermaksud kerusi) disebutkan
Qunut: Bahagian salat yang dilakukan seseorang yang bersalat untuk memohon kepada Allah mengurniakan ganjaran tertentu sebagaimana dia kehendaki
Raka‘at: Bahagian yang membahagikan setiap bahagian salat pada umumnya terdiri daripada perbuatan berdiri sementara waktu, ruku‘, dua sujud dan akhirnya duduk sementara waktu dengan setiap satu disertai bacaan-bacaan tertentu.
Syahadatain: Dari segi bahasa, dua penyaksian iaitu menyaksikan dalam bentuk tertentu bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu rasul Allah.
Tasbih: Dari segi bahasa, mengagungkan atau membesarkan Allah. Juga dipakai merujuk kepada suatu tali yang pada kebiasaannya mengandungi 100 biji manik digunakan untuk mengulang-ulangkan perkataan atau kalimah tertentu yang dibaca untuk mengagungkan atau membesarkan Allah.
Ummah atau Ummat: Kata nama digunakan kepada sekumpulan orang yang mengikut Nabi (s.‘a.w) iaitu orang-orang Islam merupakan umat Nabi Muhammad (s.‘a.w). Oleh yang demikian, ia juga turut digunakan kepada umat muslim secara keseluruhannya.
Umm al-Mu’minin (Jamak Ummahat al- Mu’minin): Dari segi bahasa, ibu kaum mu’minin. Gelaran pelengkap digunakan kepada seorang atau beberapa orang isteri Nabi Muhammad (s.‘a.w) dalam bentuk bilangan tunggal atau jamak mengikut peristiwa.
Wudu’: Membasuh tangan, muka dan lain-lain mengikut cara yang telah ditentukan pada umumnya ketika hendak menunaikan salat sebagai suatu tuntutan awal.
Zakat: Mengeluarkan cukai yang telah diwajibkan Islam ke atas harta.
|
|
0 komentar:
Posting Komentar